Pengikut Blog Ini

Thursday, April 27, 2006

Errrmmmmm...

Kisah 1 :: Gemuk sangat ker aku? 
Errrmmm…sejak akhir2 nih lepas jerk aku bersalin ramai yang dok tegor badan aku. Kebanyakannya sumer dok tegor naper badan aku dah bertambah debab. Isk! Gemuk beno ker aku? Bila kutenung2... chewah! idok ler gemuk mana sangat pun. Cuma tang perut tu jerk yang tutttt.. hehehehe. Bahagian2 lain aku rasa ok jerk.. Ntahler.. Sumernya gara2 masa aku dalam pantang aku ni jenis degil punya umat. Mak aku malah omak mertuo den pun dok tegur sampai naik kebas telinga aku dengo tapi aku tetap pertahankan kedegilan aku yang mana akhirnya beginilah keadaan aku... isk..isk..isk.. bab tang pakai barut tuh! Bleh dikatakan ari2 mak aku mesti tegor aku suh pakai barut tuh elok2 tapi.. ntahler.. anak mak sorang ni degil sangat. Kata orang degil sangat sebab masa lahir dulu tengah panas. Matahari dok terpacak. Yer ler gamaknya tuh! Aku lahir kol 1.45 tgh ari rembang. Semalam malah ari sebelum2 nih pun dah banyak orang yang tegor aku.. Kalo kengkawan pompuan tu aku leh sengih2 lagik. Tapi bila antara yang dok tegor aku tu pagar-dawai2 kat opis nih yang mana rata2 lelaki.. Malu gak ler aku.. huhuhuhuhu.. Bila dorang dok tegor mesti kata aku ngandung lagik. Isk! Qina baru jerk nak masuk 6 bulan.. xkan pantas sangat kot? Sabo2 ler kot yer pun! Sorang pagar-dawai kat opis aku semalam siap cakap lagi.. bulan depan 15hb dia nak tengok aku slim riverrrr.. Isk.. mampu ker aku??? Nih yang x best nih! Aku rasa tercabar.. Tapi dalam waktu yang sama nafsu makan aku lagi kuat mencabar.. muahahahaha.. xleh nak kontrol maaaa. Kengkonon xnak makan nasik dan malam tadi memang aku tunaikan x makan nasik. Tapi.. ari ni buleh ker aku x makan nasik. Si IV tu dok suruh aku goreng telur semalam.. ari ni dia nak bawak lauk ikan pekasam. Kat opis cuma masak nasik jerk.. Nampak gayanya.. aku kena tangguhkan lagi rasa tercabar aku nak kuruskan badan nih.. hahahaha. Xper.. pelan2.. Nanti akhirnya aku pasti berjaya jugak menurunkan berat badan aku yang skang ni dah masuk 69 kg dari berat asal aku sebelum kawin 60 kg. Xde ler banyak sangat naiknya kan? 9 kg jerk! Hehehehe.. sekadar nak menyedapkan ati sendiri.. 

Kisah 2 :: Orang gila 
Pagi tadi aku kuar umah naik motor ngan pakwe. Sampai balai pakwe, aku tukar bawak kete lak sampai opis aku sebab semalam kete tinggal kat balai. Masa dalam perjalanan atas motor lepas jer PJ Old Town aku terpasankan seorang orang yang x sihat mentalnya atau lebih mudah dikenali sebagai orang gila tgh dok melepak kat tepi jalan. Bila aku tengok jerk orang gila tuh tetiba aku tersenyum sendiri. Tetiba aku teringat citer masa dedulu zaman percintaan aku.. tapi bukan ngan pakwe.. ngan pakwe lama.. Hehehehe. Nostalgia lama ku imbas kembali. Chewah! Citernya cenggini... Masa tuh aku dalam keter nak p dating la kengkonon ngan pakwe lama tuh. Dalam perjalanan kalo x silap aku kat Jalan Semarak, aku terpandangkan seorang orang gila yang dok merayau kat tepi jalan. Hajat di ati aku nak kenakan si pakwe.. Tapi tah camner aku mengenakan diri aku semula. Aku leh cakap ngan pakwe “bang..bang.. tengok tuh abang baby (masa bercinta dulu pakwe lama panggil aku baby.. huhuhuhu.. manja la kengkonon.. ngengada ada la.. hehehehe) sambil menundingkan jari kat orang gila tu.. dan sambung kata.. “sian dia.. naper abg biarkan abg baby tuh camtuh?” Sekali pakwe punya gelak besor... dia leh kata balik kat aku “dah abg baby, buat apa tanya kat abang lak?” Maka baru ler aku terpasankan ayat aku yang sendiri dengan jujurnya mengakui orang gila tuh abang aku.. Ampeh! X semena2 aku kena gelak balik.. Tu laaa.. Niat ati tu x baik kata pakwe.. Sebab tuh sendiri balik yang terkena. Lepas tuh aku pun turut gelak sama sambil memikirkan semula.. camner aku leh silap cakap. Sejak dari kejadian tuh, bila aku nampak jerk orang gila, aku x penah nak cakap apa2.. tapi pakwe tuh yang selalu mainkan aku balik. Begitulah citernya.. dan pagi tadik bila aku terpandang jerk orang gila tu secara otomatiknya aku teringatler peristiwa lama.. Termasuk jugakler pakwe lama.. Hehehehe.. x baik tau! Kalo pakwe tau, kecik ati dia.. Apapun, itu kisah dedulu..

Wednesday, April 26, 2006

Perkataan/Ayat2 Aku…. Pakwe suka mengajuk @ mengusik!

Hehehehehe… perkataan/ayat2 aku! Cam biasa kalo dari segi penulisan, perkataan/ayat aku x lain x bukan >>> ermmm….. ataupun uiks! Tapi kalo dari segi percakapan atau perbualan lak lain…. Banyak ayat yg jadik pilihan aku! Dan kesemua ayat2 nih sedang menjadi bahan usikan atau ajukan semula oleh pakwe. 

Gemor beno dia ngajuk balik kata2 aku tuh! Naper tah? Memula dia suka mengusik jerk! Naper ler aku suka cakap cenggitu…. Tapi lelama diapun dah terikut2. Tuh sumer badi dari suka ngajuk2 ler tuh! Muahahahahaha 

Antara ayat yang selalu aku ungkapkan dalam situasi2 tertentu: 

1. bila aku kena marah sedangkan waktu tuh aku cuma bertanya jerk kat pakwe orang tanya jerk… itu pun nak marah! Sikit2 nak marah… sikit2 nak marah! (dalam nada merengek atau merajuk) 
2. bila pakwe buat lawak atau mengusik abang nih @ ayah nih (dalam nada ngengada) abang tauuu…. suka wat sayang camni @ ayah tauuuu… suka wat mama camni (dalam nada merajuk) 
3. bila dalam keadaan marah/bengang lantak situ! Cth bila aku tipon tp x jawab2 : merungut2 seorang diri dengan bunyi begini orang tipon x angkat! Banyak kali lak tuh! Pasni maleh dah nak tipon. Lantak situ! Padan muka. Bio dia rasa. Lantak situ! (ayat tuh musti sampai 2 atau 3 kali ulang hehehehe sampai pakwe kata naper lantak SITU lak? Ermm…) 
4. bila cakap di tipon atau bebila masa jerk! setiap kali nak letak tipon atau berpisah (samada aku anto pakwe sampai pintu tuk p koje atau pakwe anto aku p opis, aku atau pakwe mesti cakap ‘I LEBIU’. Malah kengkadang tgh dok2 tengok tv pun buleh cakap I lebiu gak. 

Ermm….. arap2 situasi cam nih akan berterusan sampai bebila. Lelain x ingat dah! Bila ada situasi2 tuh nanti baru teringat. Lagipun ini adalah antara yg terpopular sekali aku gunakan. Hehehehe Sekian, wassalam

Tuesday, April 25, 2006

Alesha Abriza bt Shamsul >>> Vol 2

Perkembangan terkini adik Alesha Abriza... 

Monday, 6-Feb-2006 00:46 Sinar harapan 
Alhamdulillah... Alesha telah mulai sembuh. Dia telah aktif dan tidak lagi di tempatkan dibawah jagaan rapi. Lesha telah boleh bernafas sendiri. Sekarang ini, doktor hanya memerhatikan perkembangannya. Insyallah, dalam 4-5 hari lagi Alesha akan kembali berkumpul bersama kami. Syukur pada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... 

Thursday, 9-Feb-2006 00:43 Dugaan Allah datang lagi 
Allah.... sinar harapan telah mulai menjelma, tapi ketentuan Mu tetap terlaksana... Lewat petang semalam, Alesha terpaksa dimasukkan tiub oksigen semula. Walaupun Lesha boleh bernafas sendiri, namun dia tidak dapat meluahkan air liur dan kahaknya. Alesha sesak nafas semalam akibat air liur dan kahak yang berkumpul di paru-parunya. Kata doktor masalah tulang yang dihadapinya merupakan penyebabnya. Tulang paru-parunya yang lembut tidak dapat bertindak sepatutnya untuk memberikan Lesha keupayaan meluahkan air liur dan kahaknya. Tertumpah jua air mata ini setelah sinar harapan yang diharapkan dulu mulai mendung. Ya Allah, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersabda " Allah lebih dahulu memakbulkan doa seorang wanita (ibu) kerana wanita itu lebih penyayang dari lelaki (bapa).." dan "Doa kedua-dua ibu bapa tu makbul ke atas anaknya".... Allah makbulkan doa kami, kami tidak meminta banyak, hanya kesembuhan ke atas anak kami, dan kami merayu Mu, Allah, pulangkanlah amanah Mu ke atas kami itu, kami berjanji akan menjaga amanah Mu itu dengan jiwa dan raga kami... Allah... aku terlalu rindukan anak itu, aku terlalu kepinggin untuk memeluknya, mendodoinya, menciumnya.. Allah berikanlah daku peluang untuk menjadi ibu dan sesungguhnya aku Redha atas kehendak Mu.... 

Monday, 20-Feb-2006 06:10 Perkembangan terkini 
Alhamdulillah... Setelah 59 hari Alesha berada didalam NICU Hospital Putrajaya, yang mana umurnya sekarang baru berusia 68 hari, akhirnya Alesha semakin sihat. Alhamdulillah, Lesha telah boleh bernafas sendiri, walaupun masih lagi memerlukan 2% bantuan oksigen. Berat badan Lesha juga semakin meningkat, dari 2.75kg ketika mula-mula masuk dulu, sekarang sudah melebih 3.5 kg. Lesha juga telah menjadi anak dara yang aktif, dan tidurnya pun terkangkang (entah perangai sapa diikutnya).. Tetapi apa yang paling menyentuh hati seorang ibu adalah bila anak yang dikandungnya mula bereaksi pabila namanya disebutkan. Allah... sungguh indah saat yang Kau ciptakan itu... Tiap kali aku memanggil namanya, Lesha akan membukakan matanya.. memandang tepat ke arah ku... dan tersenyum!!! Allah.. manisnya senyuman pertama seorang anak... tiada apa yang lebih indah daripada itu... Anakku sudah pandai tersenyum!!! biar terbalik gunung kinabalu sekalipun, tidak akan memalingkan muka ku dari menatap senyuman anak itu......... Walaupun kata nurse dan doktor, Lesha telah mula tersenyum semenjak kelmarin, dan aku serta ayah nya bukalah orang pertama yang melihatnya, itu semua tidak menjadi hal.... apa yang kami tau, ANAK KAMI TELAH PANDAI TERSENYUM !!!!! Terasa semacam ingin ku bawa lari sahaja anak itu, biar dia sentiasa berada disamping!!! telah terlalu lama kami terpisah!!! Alesha kuat la... harapan ibu, Lesha akan segera kembali... ~senyuman pertama anak itu ibarat bunga ros yg harum di waktu pagi dan kekal sepanjang hayat 

Wednesday, 1-Mar-2006 04:37 
Terkini Jumaat lepas, doktor pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya panggil kami suami isteri... berdebar-debar dada dan bagai nak luruh jantung ini rasanya. Alhamdulillah, doktor telah menyampaikan berita baik, mereka mahukan aku tinggal bersama-sama Alesha di Wad. Kata mereka, untuk membiasakan diri dengan keadaan Alesha dan mengajar Lesha menghisap susu semula. Setelah hampir 63 hari di hospital, Alesha telah lupa cara mengisap kerana terlalu lama minum susu melalui tiub!!. Keadaan penafasan Alesha masih lagi bergantung pada oxigen, tapi hanya dalam kandungan 0.5 ml saje. Lesha telah mencapai tahap 98-99% bernafas sendiri, hanya bila menangis, dia menjadi biru dan sesak nafas. Kata doktor, insyallah weekend ini dia akan dibenarkan keluar. Dan harapan doktor biarlah Alesha keluar tanpa bergantung dengan oxigen, kerana kalau tidak dia mungkin perlu menggunakan tabung oxigen yg akan mereka pasangkan dirumah nanti. Ya! mereka akan ke rumah untuk memasangnya... Aku cukup terharu dengan tanggungjawab dan tugas semua para doktor pakar, pegawai perubatan dan jururawat Hospital Putrajaya, mereka betul-betul menjaga Alesha seperti anak sendiri. Alesha cukup bertuah kerana mempunyai ramai ibu angkat !! Setiap kali pergi melawat, jururawat di sana akan membahasakan diri mereka "ibu" dan "mama" pada Alesha... aku sendiri terdengar, tanpa jururawat tersebut sedari.. dia membahasakan diri nya sebagai mama dengan berkata "Alesha... mama datang nak bagi susu nie.. Lesha cam mana hari nie".. Ah!!! terharu nya dengan pengorbanan mereka..... Tidak terucap pengorbanan mereka... aku tetap merasakan perkhidmatan hospital kerajaan juga adalah yang terbaik.. kenapa?? semua hospital swasta tidak akan mengambil anak kami kerana penyakitnya adalah penyakit yang tidak pernah berlaku. Seorang doktor pakar swasta di Subang ada berkata, "semua hospital atau klinik swasta adalah merupakan pusat merawat sahaja, jadi mereka akan merawat hanya penyakit yang mereka tahu sahaja... hospital kerajaan lain, mereka adalah pusat merawat, rujukan dan penyelidikan, mereka sebenarnya lebih pakar..." ~Terima kasih semua, jasa, doa dan bantuan anda tidak terbalas, hanya Allah saja yang akan membalasnya. 

Thursday, 9-Mar-2006 07:24 Dugaan datang lagi....... 
Allah... masih belum reda lagi kah dugaan Mu. Aku benar-benar tidak mampu lagi mengharunginya. Allah, aku tidak mampu lagi menanggungnya. Aku benar-benar terdiri daripada golongan hamba Mu yang lemah. Tuhan ku, tolong la... berikan la kepada kami sinar kebahagiaan. Kami benar-benar rindukan anak kami. Kami dahagakan kegembiraan sebagai ibu dan bapa yang masih belum lagi kami rasai. Allah sempurnakan la nikmat dan rahmat Mu, bebaskan la anak kami dari dugaan yang maha hebat ini. Tadi aku dan suami pergi melawat Alesha di wad. Walaupun keadaan Alesha stabil dan kelihatannya sihat, tetapi hakikatnya Lesha sedang bertarung dengan tubuh badan nya sendiri. Kalsium yang diperolehi dari susu rupanya tidak kesemuanya menjadi tulang belulang, sebahagiannya terus memasuki darahnya dan mungkin meracuni badannya. Kata doktor, mereka telah mula menjalankan rawatan bagi meneutralkan kalsium tersebut kerana ditakuti nanti lebihan kalsium tersebut akan menjadi batu karang!!! Daya penafasan Alesha juga mulai terganggu. Kalau dulu Lesha hanya memerlukan 0.5 ml oxigen, sekarang telah meningkat semula kepada 2.5 ml !!! Allah.... aku tidak berdaya lagi melihat penderitaan anak ku itu.. Kalau aku dan suami bisa menjadi galang-ganti nya... Tuhan ku, gantikan la dugaan Mu ke atas anak itu kepada kami... kami ibu bapa nya, kami seharusnya menanggung semua penderitaan ini. Allah.. jika ini merupakan balasan ke atas dosa-dosa dan keterlanjuran silam kami, jangan la dihukum anak tu, hukum la kami... kami redha.... Alesha, kuat la.. mama tahu Alesha anak yang kuat, maafkan mama dan papa kerana tidak menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna. Ampunkan mama dan papa, Alesha..... 

Friday, 17-Mar-2006 00:12 Segalanya bermula di sini... 
A'kum... Selama ini, saya lupa kepada insan-insan yang telah banyak menyumbangkan semangat dan dorongan kepada saya. Saya lupa derita yang saya tanggung rupanya masih ramai yang sanggup berkongsi beban ini. Saya benar-benar terharu dengan kata-kata semangat, luahan rasa, titipan doa dari semua rakan, sahabat, dan ahli keluarga... Saya terharu dengan keperihatinan sahabat-sahabat yang mencoretkan kata-kata semangat di ruangan fotopages ini, walaupun ramai daripadanya adalah para sahabat yang kita tidak pernah bersuah muka, hanya melalu coretan di ruang maya ini. Terima kasih semua, terima kasih... Terasa ringan beban yang ditanggung, terasa segar minda menampung segala cubaan Allah ini. Memang benar, saya merupakan insan yang paling bertuah kerana memiliki jutaan rasa kasih dan sayang dari anda semua... Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dan apa yang mampu saya berbuat hanya mengenang saat-saat ini sehingga ke akhir hayat... Untuk makluman semua, saya telah mula bertugas di Jabatan baru di Seremban, Negeri Sembilan.. memang langkah saya semakin jauh untuk melawat dan menjaga Alesha, namun, kata-kata semangat suami ku - "tinggalkan dan lepaskan beban itu pada doktor dan nurse di hospital putrajaya... itu amanah yang perlu mereka tampung, percaya dan yakinlah pada mereka untuk menjaga dan membelai Alesha..". Betul kata suamiku.. saya memang tidak tertanggung beban kedukaan dan cubaan ini, saya perlukan sahabat dan rakan untuk menanggungnya bersama... sekarang baru aku faham!!..... Alesha.. mama yakin Lesha faham, bukan mama menjauhi Lesha, mama terlalu sayangkan Lesha! Mama pasti akan menjaga Lesha selamanya..... ~ berita mengejutkan yang kami terima, hasil tilikan seseorang, katanya, kami telah terkena buatan orang yang cemburukan kebahagian kami suami isteri, tapi sumpahan itu tidak mampu mengapakan kami, tapi ianya mengenai anak kami, entahlah... hanya Rahmat Allah sahaja ku pohonkan 

Tuesday, 21-Mar-2006 00:18 Terkini... 
Alhamdulillah.. saya berasa sungguh terharu dengan sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan semua. Allah telah menjadikan hambaNya sesempurna anda semua, kerana telah diberikan kepada anda semua sifat yang mulia... tidak terbalas dan ternilai segala-gala yang telah sahabat semua berikan.. Keadaan Alesha masih seperti biasa, tiada perkembangan positif, tiada juga perkembangan yang terlalu negatif. Lesha masih lagi bergantung pada oxigen walaupun sebenarnya dia telah boleh bernafas. Keadaan ini perlu kerana Alesha sering disset, dan dia akan menjadi sesak nafas. Kandungan ALP dalam badannya masih lagi rendah. Tahap ALP yang rendah dalam badannya telah memberikan kesan yang cukup mencemaskan kami sekeluarga kerana, setiap titik susu yang diminumnya tidak sampai separuh kalsium susu tersebut menjadi tulang belulangnya. Selebihnya kalsium tersebut beredar didalam darah beliau dan menjadi racun yang mungkin akan menyebabkan batu karang!!! Pihak hospital terpaksa menggunakan susu yang mengandungi formula kalsium yang paling rendah. Berat badan Alesha juga tidak bertambah semenjak dua minggu lalu... kami benar-benar risau Tiada apa yang mampu kami lakukan melainkan berserah pada Allah, kerana kami yakin, setiap kejadian ada sebab tersendiri dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua.. 

Wednesday, 22-Mar-2006 01:32 Suami ku.... 
A'kum semua.... terima kasih untuk semua komen dan doa anda... sungguh saya benar-benar terharu dengan perhatian dan keikhlasan sahabat semua... terima kasih!! Seorang lagi hamba Allah yang seharusnya saya ucapkan terima kasih adalah pada suamiku yang tercinta... tidak terbalas segala pergorbanan, kasih sayang, jagaan, perhatian, kesabaran, kegembiraan, dan redhanya kepadaku.. memang selayaknya Allah tetapkan syurga isteri itu berada di bawah telapak kaki suami!!! sememangnya suamiku adalah nyawaku, syurgaku, kegembiraanku.... Ya Allah, lindungilah suamiku, gembirakanlah hatinya, kerna dialah segalanya bagi hidupku... Suamiku tidak pernah sekalipun menunjukkan mukanya yang masam, keletihan, kecewa mahupun marah semenjak Alesha dilahirkan... dia sentiasa menghiburkan hatiku, sentiasa menjaga makan-minum dan kebajikanku... aku tahu, aku adalah seorang isteri yang tidak sempurna, namun Allah telah kurniakan seorang suami, lelaki, teman yang terbaik bagiku dari dunia dan isinya... tidak terbalas segalanya... Aku tahu bertapa letihnya dia pabila terpaksa berulang-alik dari Seremban ke Putrajaya setiap hari. Dia tidak pernah miss mahupun merunggut bila saat orang lain ke kedai makan untuk sarapan, dia berada di wad bersama Alesha, saat orang makan tengahari, dia sedang membelai dan menyusukan Alesha, dan saat org pulang ke pangkuan keluarga, sekali lagi dia di katil Alesha bermain-main pipi gebu Lesha.... Aku nampak jelas kepayahan dan kecekalan hati suamiku... kalau dulu, berat suamiku sentiasa meningkat dan dia kelihatan gebu (marah kalau dikatakan dia gemuk), tapi kini, aku menitis air mata melihat kepayahan dia untuk bergerak kerana keletihan dan badan yang semakin menyusut!!!! Allah kembalikan kegembiraan suamiku..... 

Sunday, 26-Mar-2006 01:05 Alesha kritikal kembali 
Sahabat/rakan semua... tidak sanggup hati nie untuk melakarkan coretan ini. Terkejut besar hati ini bila sesampainya saya ke hospital melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan tiada di tempat yang selalunya dia berada. Lebih hancur dan luluh hati ini bila diberitahu bahawa anak kami disset teruk dan telah dimulakan prosedur ventilator semula!!!! Allah... dugaan Mu datang lagi pada hambaMU yang lemah ini. Doktor terpaksa mengambil darah ku bagi mendapatkan sample darah dari tabung darah untuk mengantikan darah pada Alesha. Kata doktor, tahap metabolisme Alesha jatuh ke tahap 8 dan perlu kepada pertukaran darah. Berjurai-jurai air mata ku gugur ke bumi, dan rupanya bukan aku saja yang menangis saat itu, kesemua nurse yang merawat Alesha, yang menjadi ibu angkat kepada Alesha selama 101 hari turut sama menemani ku menangis!!! Aku tidak keseorangan rupanya... Ku lihat suamiku menahan air matanya, aku tahu dia cuba bersifat tabah kerana takut jiwaku akan menjadi lebih meruntun... Kami telah menziarahi Darusshifa', pusat rawatan perubatan cara islam Dato' Dr Haron Din. Alhamdulillah kami telah dilayan dengan sebaiknya. Ustaz yang mendengar rintihan kami telah memberikan air doa yang insyallah berupaya menyembuh kalau tidakpun meringankan beban Alesha. Mereka beriya-iya memohon kami datang semua untuk bertemu sendiri dengan Ustaz Dato' Dr Haron Din sekiranya Alesha keluar nanti. Insyallah, kami pasti akan menerima pelawaan untuk bertemu Ustaz Haron Din. Ustaz yang mendoakan air tawar Alesha turut mengajar kami cara-cara yang 'afdal untuk melakukan sembahyang sunat hajat dan rahsia memohon pertolongan Allah dengan membaca surah Yassin. Pasti akan kami amalkan. Apa yang termampu kami lakukan sekarang, berserah bulat-bulat pada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya...... 

Tuesday, 28-Mar-2006 05:24 Mama sayang Alesha 
Terima kasih untuk sokongan semua, saya benar-benar mengharapkan kata-kata peransang dan sokongan anda semua untuk mengharungi saat-saat getir ini. Kata-kata, sokongan, dan doa anda semua memberikan kekuatan dan menambahkan keyakinan kepada saya untuk menerima hakikat ketentuan Allah ini. Kata suamiku yang baru sahaja pergi melawat Alesha sebentar tadi menyedarkan aku bahawa, manusia hanya punya asa, tapi Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Menurut suamiku, keadaan Alesha sebenarnya tidaklah bertambah baik. Sebenarnya tulang-belulangnya semakin mengecil dan merapuh. Walaupun pembesaran Alesha kelihatannya sempurna, tapi tulang yang menyokong tubuhnya tidak. Kata suamiku, kita perlu bersedia untuk menerima berita buruk pada bila-bila masa. Ketentuan Allah itu akan tiba pada bila-bila masa, melainkan sekiranya telah tercatat sebaliknya di Luh Mahfuz. Setiap yang bernyawa pasti akan bertemu Al-Khalid bila sampai masanya. Cuma masanya, cepat atau lambat adalah di tangan yang memilikiNya. Saya tidak pasti sama ada saya telah bersedia untuk menerima hakikat ini atau tidak. Saya tidak mampu untuk menipu bahawa saya telah bersedia. Saya pasti akan bersedih. Kata suamiku, menangislah semahunya, jangan ditahan-tahan... mungkin nanti akan melepaskan apa yang terbuku di hati. Mama sayangkan Alesha... mama terlalu sayangkan Alesha... selama-lamanya!!! Kata suamiku, selagi nyawa Alesha masih dikandung badan, jangan sesekali kita berputus harap.. Ya tidak sesekali kami akan berputus harap. Kami akan terus setia menjaganya, mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuknya. Kata suamiku lagi, keadaan Alesha hari ini stabil. Dia sudah mula dibekalkan susu sebanyak 60ml setiap tiga jam, setelah dipuasakan sejak sabtu. Tadi sewaktu suamiku datang melawat, katanya Alesha cergas, kekadang Alesha tersenyum. Mungkin tersenyum dengan kehadiran papanya. Kata doktor pula, kalau keadaannya terusan stabil, mungkin akan dicabut ventilator. Doktor turut telah memberikan kebenaran pada kami untuk memberikan ubatan kampung mana yang dirasakan bersesuaian. Buat masa sekarang, air zam-zam yang didoakan oleh Ustaz Darusshifa' sahaja kami gunakan untuk rawatannya. Kami akan terus berdoa pada Allah, dan akan terus bermunajat di malam hari selagi matahari terus terbit dari timur. Sekiranya tidak keberatan, ku pohon para sahabat bersama-sama bermunajat, bersolat hajat di malam hari untuk kesejahteraan Alesha. Mungkin doa dan munajat kami tidak diterima kerana kami adalah hambaNya yang penuh dengan dosa berbanding sahabat semua. Terima kasih untuk ihsan anda semua.... 

Thursday, 30-Mar-2006 01:10 Suamiku menitiskan air matanya... 
Alhamdulillah... banyak sungguh respon dari sahabat-sahabat semua. Tak ternilai segala kata-kata peransang dan doa anda semua. Suamiku turut ingin menyampaikan salam hormatnya kepada semua sahabat yang terusan menbaca, FP ini. Kata suamiku handphone nya sentiasa berdering sehingga rakan-rakan beliau yang berada di serata dunia turut menyatakan simpati dan doa mereka. Suamiku dahulu pernah bertugas di Kementerian Luar Negeri selama lima tahun. Paling kami terharu dan tidak terucapkan rasa syukur pabila seorang sahabat suamiku, En. Suhaimi (Mie) yang kini bertugas di Jeddah, Arab Saudi sanggup meluangkan masa berharganya utk terbang ke Mekah bagi mendoakan kesihatan Alesha. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kepada Abg Mie, saya menyusun sepuluh jari mengucapkan jutaan terima kasih pada Abg Mie. Sesungguhnya kita tidak pernah berkenalan, hanya suami saya yang mengenai Abg, tapi jasa Abg Mie akan saya bawa hingga ke liang lahad. Kepada sahabat yang lain, turut tidak terbalas jasa anda semua dan akan saya bawa sehingga ke liang lahad jua. Saya sesungguhnya amat terharu di atas segala perhatian anda. Setiap malam suamiku bersolat hajat memohon kesembuhan Alesha. Awal pagi tadi, ku terdengar sedu dan tangisnya dikala ia memohon rahmat Allah sewaktu didalam sujud amat meruntuhkan hati ini. Lebih membuatkan hati ini menjadi sayu dan pedih, pabila air mata lelaki yang amat berharga itu berjurai-jurai turun ibarat hujan takala dia membaca surah Yassin. Payah sungguh untuk dia menghabiskan setiap ayat kerana tak tertahan-tahan air matanya mengalir dan berulangkali dia menahan sedunya. Aku turun menangis!!! Sesungguhnya amat payah untuk seorg lelaki menangis. Dia hanya akan menangis pabila kesedihannya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dan sesungguhnya sekiranya seorang lelaki itu menangis, ia akan meruntuhkan hati sesiapa yang melihatnya kerana pada masa itu dia kelihatan amat fragile sekali.... 

Friday, 31-Mar-2006 03:59 Terima Kasih semua Doktor & jururawat NICU 
A'kum... terima kasih di atas segala doa dan perhatian sahabat semua. Baru sebentar tadi suami ku melawat Alesha. Katanya Alesha dalam keadaan stabil. Walaupun masih lagi memerlukan perhatian terperinci oleh pihak doktor dan jururawat. Aku cukup terharu dengan perhatian para doktor dan jururawat di unit NICU, Hospital Putrajaya. Mereka ibarat "mama kedua" bagi Alesha. Mereka menjaga Alesha seperti anak mereka sendiri. Aku kadang-kala cemburukan mereka kerana mereka lebih banyak bersama Lesha daripada aku dan suami. Mereka lebih dahulu melihat Alesha pandai tersenyum dan tersengih. Mereka akan bergegas ke katil Alesha sekiranya dia menghadapi masalah. Kiranya mereka adalah tempat Alesha bergantung sekarang ini. Aku cemburukan mereka.... Namun aku amat terhutang budi kepada mereka semua.. Tidak terbalas jasa dan budi mereka. Aku ada berkata kepada suamiku tadi, nanti kalau takdirnya Alesha sihat semula, aku minta suamiku ambil semua alamat mereka, dan kita datang beraya dengan membawa Alesha ke rumah mereka. Kata suamiku, semasa dia sampai ke hospital dalam kul 11.00 tadi, Alesha asyik meragam dan menangis. Jururawat yang menjaganya mengadu pada suamiku. Kata suamiku lagi, dia telah memujuk Alesha dengan cara yang sama yang suamiku gunakan ketika Alesha meragam dan menendang-nendang perutku ketika aku mengandungkan dia dahulu. Caranya, suamiku akan mendekatkan mulutnya ke telinga Alesha dan membacakan surah-surah lazim dan ayat qursi (kalau dulu sewaktu mengandung, suamiku akan meletakkan tangannya ke perutku sambil membaca surah-surah lazim dan ayat qursi).... Maha Suci Allah... kata suamiku, Alesha senyap dan matanya terkebil-kebil dan seolah-olah gembira mendengarnya... setelah itu, Alesha tidur dengan amannya.... Kalaulah anak sekecil itu berasa aman mendengar kalimah Allah, kita sebagai seorang hamba yang sempurna sifat tidak seharusnya lalai mengamalkannya.... Cuma ketika mengandung dahulu, ada tambahannya, selain menbaca surah-surah lazim dan ayat qursi, suamiku turut akan berbisik kepada Alesha yang waktu itu dalam kandunganku dengan kata-katanya "Anakku, tak elok sakitkan ibumu... dia telah cukup menanggung kesakitan sekarang ini, dan ingatlah, syurgamu terletak di bawah telapak kakinya..." Pasti sesudah itu Alesha senyap dalam kandungan dulu. 

Monday, 3-Apr-2006 01:17 A'kum Semua... 
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. di sepanjang hari sabtu dan ahad baru-baru ini keadaan Alesha memang telah semakin stabil seperti yang digambarkan oleh suamiku yang tidak pernah tertinggal mengunjunginya. Pengantungan Lesha kepada mesin juga telah semakin berkurangan. Saya mengharapkan dalam minggu ini, biarlah Alesha boleh bernafas sendiri tanpa perlu dimasukkan tiub ke dalam kerongkongnya. Kalau perlu bantuan penafasan sekalipun cukuplah sekadar menggunakan head box atau tiub yang dilekatkan pada hidungnya. Kesian benar saya melihat Alesha menahan sesak dek kerana tekaknya disumbatkan tiub bantuan penafasan dan tiub bantuan minuman susunya. Aku tahu, tibu-tiub itu perlu untuk membantu kelangsungan hidupnya dan aku redha... Tanda-tanda tumbesaran Alesha juga jelas kelihatan. Lesha semakin berisi dan berat badannya juga telah meningkat 3.9 kg. Mungkin berat itu tidak selazimnya bagi bayi yang normal, namun bagi kami, setiap 1 gram kenaikan badannya merupakan rahmat dari Allah. Alesha juga telah ditingkatkan jumlah susu minumannya kepada 70 ml, satu tanda yang Lesha sudah punya selera makan, walaupun sering juga dia memuntahkan semula susu tersebut bila disusukan. Kelmarin, saya merayu pada Alesha untuk melemparkan sekuntum senyuman bagi mengubat rindu ini. Lama sungguh saya tidak dapat melihat senyumannya sejak keadaannya kembali serius. Sesungguhnya anak itu adalah anak yang bijak!! Allah!... bagaikan mendapat jutaan emasan bila Alesha faham akan keinginan ku dan tersenyum seketika!! Hati ibu mana tidak tersentuh dan menangis bila anak yang dikandungnya bertindak balas sedemikian rupa... Saya bukan tidak mahu mengunjungi Alesha setiap hari, namun jarak Seremban - Putrajaya menjadi benteng pemisah antara kami. Aku bukan tidak mahu tinggal di wad bersamanya, menjaganya, namun di NICU peraturannya tidak membenarkan kami tidur bersama kerana keadaannya adalah serius dan perlu penjagaan rapi pihak perubatan. Suamiku menasihatkan aku untuk terus berkerja, dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja, kerana suamiku merasakan itu sebagai salah satu terapi untuk membuatkan aku terus mengharungi hidup dan tidak keterlaluan memikirkan soal anak. Aku faham maksudnya, suamiku takut aku akan menjadi depress dan tension serta mungkin mengalami tekanan perasaan. Sesungguhnya, cara suamiku itu berjaya mengurangkan tekanan kepadaku. Suamiku mengajar aku untuk yakin dan percaya akan kemampuan pihak perubatan menjaga Alesha. Dan mahukan aku meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.. Alhamdulillah, aku telah berjaya menharungi saat-saat getir ini. Luahan rasa dalam FP ini pulak suamiku meminta aku menganggapkannya sebagai "support group" yang biasa diamalkan bagi mengurangkan tekanan... Aku cuma bergantung kepada setiap maklumat perkembangan Alesha yang disogokkan oleh suamiku yang melawatnya setiap hari. Kerana setiap lawatan suamiku itu, ku iringi dengan doa agar Alesha sembuh dan diibaratkan sepertinya aku turut berada di sana diwaktu itu. Pada sabtu dan ahad aku pasti mengunjungi Alesha. Kadang-kala, takala rindu terlalu mencengkam, ku paksakan jua suamiku mengambil ku di Seremban selepas waktu pejabat, dan sepantas mungkin aku ke hospital. Kelmarin... saat yang paling sukar bagi ku meninggalkan Alesha. Setelah aku dihadiahkan oleh Lesha akan senyumannya, Alesha seakan faham yang aku ingin meninggalkannya. Digengamnya jari telunjukku dengan erat dan tidak mahu dilepaskannya. Seolah-olah tidak mahu melepaskanku pergi. Walaupun saat itu, Lesha kelihatan cukup mengantuk dan beberapa kali dia menguap lebar! Matanya juga berulangkali terkatup sebab mengantuk. Aku tunggu sehingga dia benar-benar lena dan dengkurnya kedengaran baru aku cuba menarik jariku yang digengamnya. Tapi terlalu erat digengamnya dan berulangkali juga dibukakan matanya takala terasa pergerakan jariku yang cuba untuk lepas dari gengamannya. Aku serba salah saat itu. Namun aku perlu juga meninggalkannya. Allah lindungilah anakku yang telah Dikau amanahkan pada ku itu, kerana Dikau lah sebaik-baik pemberi pelindungan. 

Thursday, 6-Apr-2006 01:26 Alesha semakin baik 
A'kum semua sahabat... Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan rahmatnya dengan meringankan penderitaan Alesha. Semenjak kelmarin, doktor telah mencabut tiub bantuan penafasan untuk Alesha. Bantuan pernafasan Alesha sekarang dibantu dengan oxigen secara head-box. Lega hati saya mendengar berita yang disampaikan oleh suamiku itu. Alesha, kata suamiku lagi, sering menangis. Mungkin disebabkan rasa sakit dan perit pada tekaknya dek kerana tiub pernafasan sebelum ini. Tapi bagi ku, itu satu pertanda baik, dengan menangislah ku rasakan yang Lesha sihat, dan normal seperti bayi lain. Dengan menangis juga, akan membantu Alesha bernafas dengan lebih baik lagi. Syukur pada Allah dengan perkembangan terbaru ini. Mungkin Alesha ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada papanya. Kerana pada hari ini, 6 April adalah hari lahir suamiku. Terima kasih Lesha kerana menyempurnakan hajat mama takala mama berbisik pada mu nak: "Hadiahkanlah sesuatu untuk meraikan hari lahir papamu nanti" pada tempoh hari. Terima kasih nak.... ~selamat hari lahir suamiku 

Thursday, 6-Apr-2006 06:11 Alhamdulillah... 
A'kum... Hari ini tidak tertahan-tahan hati nak menghabarkan berita terkini selanjutnya. Baru sebentar tadi suami saya mengirimkan berita. Berita yang cukup mengembirakan. Semoga Allah terus menurunkan rahmatNya pada Alesha. Tadi dalam kul 12.00 tghari, suami saya mengirimkan gambar dan berita yang Alesha telah tidak disalurkan oxigen secara head-box. Lesha tadi, kata suamiku menggunakan tiub pada hidungnya untuk bantuan oxigen. Kalau tadi pagi, oxigennya adalah pada tahap 10, tapi sekarang telah dikurangkan kepada 2 sahaja!. Terlalu girang hati ini. Tidak tertahan-tahan untuk berkongsi dengan sahabat semua. Allah, sesungguhnya Dikau adalah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Friday, 7-Apr-2006 06:34 Alesha dah dibenarkan bermain... 
A'kum... Hari ini papa Alesha memberikan lebih lagi berita gembira. Kata suamiku, tadi pagi oxigen Lesha di tahap 2, tetapi kini ketika suamiku melawatnya sebelum ke masjid untuk bersembahyang jumaat, oxigennya telah dikurangkan ke tahap 0.5 sahaja! Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah Tuhan Yang Maha Sempurna. Kata suamiku lagi, apa yang paling mengembirakan, jururawat bertugas telah mengantungkan barangan permainan di katilnya. Kata doktor untuk merangsang minda dan panca indera Alesha. Sekali lagi ku panjatkan syukur pada Mu Allah. Tiada apa yang lebih bermakna selain dari nikmat dan rahmat Mu. Isnin ini, 10hb April saya dan suami akan bertemu pakar genetik di Institut Peadetrik, HKL bagi mendengar nasihat dan pandangannya berkaitan penyakit Alesha dan implikasi pada masa depan. 25hb April pula, Alesha akan di bawa ke Institut Jantung Negara untuk ujian jantungnya. Aku berharap segalanya berjalan lancar dan mendengar perkhabaran yang baik. 

Monday, 10-Apr-2006 08:54 Hasil pertemuan pakar genetic 
Hari ini aku dan suami bertemu pakar genetik dan metabolik, institut peadetrik, hospital kuala lumpur. Hasil sesi kaunseling yang diberikan, mereka turut tidak meletakkan harapan tinggi yang Alesha akan dapat hidup lama. Kata mereka, penyakit yang dideritai Lesha sering membawa maut. Kata mereka juga, kami patut tahu bahwa setiap kali aku mengandung, 25% kebarangkalian anak berikutnya turut akan menghidapi penyakit yang sama dan dinasihatkan untuk mengugurkan kandungan sekiranya nanti didianogsi sah mengidapi penyakit ini. Aku dan suami pasrah dengan takdir Allah ini. Dan kami tidak pasti sama ada akan terus mengandung lagi dengan meletakkan ketentuan doktor 25% kebarangkalian anak akan mengidap penyakit ini, atau bertawakal untuk kebaikan Allah agar anak yang berikutnya bebas dari penyakit ini. Ianya seperti mempertaruhkan nasib pada tangan yang Maha Esa. Yang pasti kami harus memberikan tumpuan pada Alesha dahulu. 

Thursday, 13-Apr-2006 01:18 Terima kasih... kami masih percaya pada Rahmat Allah 
A'kum... Memang, semua kajian saintifik, klinikal dan perubatan mengesahkan bahawa Alesha secara teorinya ibarat; api pelita yang terus menyinari hidup kami selagi masih punya minyak untuk menyalakannya. Kepakaran dan ilmu manusia memang telah sampai ke penghujungnya. Tiada sebarang ilmu perubatan lagi yang mampu untuk mengubati Alesha. Yang tinggal sekarang hanya doa, munajat pada Allah yang Maha Esa serta usaha diselangi dengan tawakal sahaja. Segala jenis perubatan kampung, ustaz, bomoh, pawang dan dukun telah kami usahakan, namun ilmu Allah masih belum mampu kami selami lagi. Apa yang kami harapkan adalah menghargai setiap detik, setiap saat bersama Alesha. Segala coretan dan kata-kata semangat sahabat dalam FP ini telah saya cetak dan akan saya abadikan sebagai jurnal perjalanan hidup Alesha. Akan saya jadikan jurnal ini nanti sebagai kitab peneman sisa-sisa hidup saya sehingga ke akhir hayat. Saya menamakan anak perempuan kami Alesha adalah kerana maknanya "Dilindungi Tuhan - Protected by God" kerana itulah yang saya inginkan; agar anak itu senantiasa dilindungi Allah. Mungkin Allah melindungi Alesha dengan caraNya tersendiri yang tidak mampu dirungkai oleh manusia. Keadaan Alesha sekarang adalah amat baik. Tubuhnya terus berkembang. Dia telah jadi anak dara yang temban!. Oxigen masih pada tahap minimum. Tiap kali kami membacakan surah Yassin, Alesha akan tersengih-sengih, senyum dan kelihatan girang, tetapi bila bacaan Yassin hampir kepenghujungnya Lesha akan menangis! Mungkin kerana dia sedar, sebaik sahaja bacaan Yassin habis, maka akan tibalah masa untuk ibu bapanya pulang dan meninggalkannya kesorangan di wad. Pilu dan luluh hati bila tiba saat itu. Kami juga berulang-kali membacakan ayat 78 - 79 dari surah Yassin. Kerana ada ustaz mengatakan bahawa ayat-ayat tersebut merupakan ayat penyembuh bagi segala penyakit tulang, sendi, dan urat. Ayat tersebut telah menjadi bacaan ratib kami setiap hari dengan meniatkan kepada kesembuhan penyakit tulang mereput dan rapuh Alesha. Maksud ayat tersebut; http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=36&nAya=78&t=mal Dan sekiranya sahabat ada mengalami sebarang sakit tulang, urat, sendi atau lenguh-lenguh, bacalah kedua ayat tersebut bermula dari ... Yuhyil Wahiya.... Sebenarnya tiada berita gembira yang dapat saya berikan pada anda semua. Namun keikhlasan, doa, perhatian sahabat memberikan saya kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu. Hati ini telah luluh dan hancur, namun masih mengharapkan sedikit sinar rahmat Allah........... 

Monday, 17-Apr-2006 00:38 Bilakah Izra'il datang menjemput... 
A'kum... Saya sudah tidak punya daya untuk menaip lagi, sudah kehausan idea untuk mencoret, telah kekeringan keceriaan untuk menyinar.... Saya tidak mampu lagi untuk mengambil gambar Alesha untuk dimuaturun dalam FP ini kerana tidak mampu untuk memetik punat handphone. Doktor telah memanggil suamiku dan memberikan kata-kata yang paling ditakuti oleh setiap ibu bapa. Kata Doktor keadaan Alesha walaupun sihat dan stabil, berat badannya terus meningkat, namun sebenarnya, tulang Lesha tetap tidak berubah. Keadaan tulangnya tidak membesar, malahan semakin mereput dan rapuh. Kata doktor lagi, ketibaan izrail datang menjemput pasti akan berlaku cuma saat dan masanya tidak diketahui. Doktor memberikan pilihan kepada suamiku, sekiranya sampai saat Alesha disset semula, suamiku harus membuat pilihan.... 1. Meneruskan bantuan hayat Alesha dengan mesin ventilator dan Lesha akan terus disakiti dengan tusukkan jarum dan bekalan ubat-ubatan yang memahitkan; atau 2. Memberikan Alesha bantuan oxigen secara biasa sehinggalah ketentuan Allah tiba dan izrail melaksanakan tugas yang diamanahkan padanya... Berat sungguh pilihan yang diberikan kepada kami untuk dipilih. Terlalu berat!!!! Allah.......... ~Sahabat semua, sekiranya FP ini menyepi buat beberapa ketika, saya harap sahabat semua faham bahawa saya sudah tidak punya kudrat untuk mencoret lagi... 

Wednesday, 19-Apr-2006 02:39 Terima kasih semua.... 
Terima kasih semua. Doa dan kata-kata semangat yang diberikan amat bermakna buat saya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya, Dia masih mengkurniakan semangat untuk saya terus menghadapi dugaan ini. Sehingga saat yang ditentukan itu sampai, saya tidak akan putus harapan dan akan terus berdoa kepada-Nya. Alhamdulillah juga, sehingga ke saat ini, Alesha masih lagi cergas dan sihat. Dia seperti anak-anak lain, mulai membesar dan beratnya telah meningkat 4.085 kg. Pernafasannya juga semakin teratur. Dia sudah pandai menghisap susu walaupun sedikit, dan air liurnya tidak banyak lagi menyekat kerongkongnya. Cuma, tumbesaran tulangnya masih tidak berlaku seperti sepatutnya. Saya setiap hari bermohon kehadrat Allah, semoga dikurniakan ihsan dan rahmatNya agar; Alesha disembuhkan dari penyakitnya, memohon agar tulang-belulangnya tumbuh subur dan kuat, serta dikuniakan kepada Lesha kebolehan untuk pernafasan, menghisap susu dan meluahkan air liur dengan sempurna. Apa yang menjadi harapan saya, cuma satu, biarlah Alesha dapat kembali ke rumah... walau apapun kesudahannya, biarlah ianya terjadi di rumah kami, ketika Alesha berada di pangkuan saya, di pelukkan saya.. biarlah kesudahan itu terjadi di rumah.......... 

bersambung vol 3

Saturday, April 22, 2006

Alesha Abriza bt Shamsul >>> Sedihnya... berjujuran airmata membacanya

Assalamualaikum. Entry aku ari ni agak panjang sket dan akan bersambung dr masa ke semasa. Sedih, sayu, pilu, hiba, kesian, dan macam2 lagi perasaan bila baca citer nih. Ditambahkan lagi ngan gambar2 yang amat memilukan hati seorang ibu apabila menatapnya. Apapun gambarnya x dapat aku sertakan sekali sebab pc aku yg x baper ok nih! Aku cuba dr tempat org lain tapi abis lari sumer format blog aku jadik aku terpaksa buang balik sumer2 gambar tu. Beberapa ari yg lepas aku bukak satu fotopages seseorang yg aku dapat dr kawan aku dan membacanya dari mula hingga ke hari ini. Mengalir air mata aku bila membacanya... Dan kat sini aku sertakan coretan dari seorang wanita yg bernama Zaimah tentang penyakit anaknya untuk aku kongsi dengan sumer dan bersama2lah kita mendoakan kesejahteraan untuk anaknya. 

Thursday, 5-Jan-2006 00:00 
Anakku Alesha Abriza bt Shamsul coretan 3 Januari 2006... 
A'kum... Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandungkan anak perempuan pertama kami Alesha Abriza bt Shamsul pada 15hb dis 2005 jam 7.35am seberat 3kg. Saya mula rasa sakit pada jam 4++am... pada mulanya saya sangka saya sakit nak membuang. Jadi saya bergegas la ke tandas. Jadi memang benarla saya sakit perut. Tapi sakit itu masih berterusan. Orang kata sakit nak bersalin ni selang2 5 minit... tp saya sakit berterusan, masa tu suami saya dah panik, jadi terus hantar saya ke hospital putrajaya. Sampai di sana dlm jam 5++am. Sesampainya disana saya terus melakukan prosedur biasa, ambil berat, tekanan darah... walaupun saya menahan sakit... nurse check bukaan baru 2cm... dalam hati saya... Ya Allah baru 2 cm ker... rasa mcm nak beranak sgt dah nih... Selang dlm 15minit Doc pulang datang utk check bukaan... doc check dah bukak 4cm... masa tu sy bersyukur sgt! doc terus pecahkan air ketuban dan suruh saya membuang apa yg patut. Kebetulan hari tu ramai org yang bersalin jadi saya kene tunggu bilik kosong dan dikemaskan. dalam pukul 6++am baru saya dpt ditempatkan. Masa tu punyalah saya menahan sakit. Nurse suruh saya bersabar sbb baru buka 5cm, dan nurse keluar utk panggil suami saya. Dlm pukul 7++, suami saya masuk dan usap kepala saya, masa tu saya rasa lega sangat dan kekuatan saya sampai utk menahan kesakitan. Kemudian, kebetulan seorang nurse masuk utk ambil barang, masa tu saya pelik tiba2 nurse dah kelangkabut panggil kawan dia. Rupa2nya rambut baby dah nampak... mmg dah nak keluar sgt dah!... nurse suruh saya teran... dlm menahan sakit tu saya teran ajer la. dlm masa 5 minit dengarla baby menangis... Alhamdulilah macam x percaya ajer saya dah selamat melahirkan seorang baby girl. Paling menyeksakan adalah waktu nurse jahit tempat2 yg terkoyak. Mmg mengerikan! Apa yg pelik saya tgk anak saya masa tu... dia tak pandai menyusu badan... mengisap putin botol pun dia x pandai... terpaksala sorok2 dari doc bagi dia susu formula sbb bimbang dia kelaparan. Saya dibenarkan pulang pada keesokan harinya 16hb selepas sembahyang jumaat. Setelah 2 hari di rumah, baby saya mulanya telah di masukkan ke Wad NICU Hospital Putrajaya, pada 19 Disember akibat deman jaundice (kuning). Masa dimasukkan tahap kuning dalam darah 381. Setelah empat hari di wad, pada 23 Disember baby telah dibenarkan keluar setelah tahap kuning turun 194. Pada petang 23 Disember jam 9.30 malam, baby mulai menangis dan mengalami kembung perut, kami telah bawa ke private klinik dan disahkan kembung perut. Namun selepas dibawa pulang, jam 3.00 pagi baby menangis lagi dan sekali lagi dihantar ke ER, Hospital Putrajaya, selepas di X-Ray and check-up sekali lagi disahkan kembung perut dan dibenarkan pulang. Keadaan masih tidak berubah pada jam 7.30 pagi 24 Disember dan kami membuat keputusan untuk dibawa berjumpa bidan di N. Sembilan. Namun dalam perjalanan, keadaan baby yang menangis telah menyebabkan baby sesak nafas, muka dan bibir menjadi biru. Kami terus membawa ke Hospital Seremban dan pihak hospital mengklasifikasikan kes sawan dan ditahan di NICU. Doktor menyatakan punca sawan adalah mungkin disebabkan oleh jaundice atau jangkitan kuman sama ada dalam darah atau selaput otak. Setelah semua ujian dijalankan, termasuk x-ray, blood-culture, brain scanning, masih tidak diketahui punca sawan tersebut dan segala-galanya normal. Setelah tiga hari di Hospital Seremban, 26 Disember kami minta tukar sama ada ke HUKM, HKL atau Hospital Putrajaya. Cuma Hospital Putrajaya saja pada masa itu ada katil, maka baby dihantar ke sana. Pada 3 Januari, Doktor akan menjalankan CT Scan untuk membuat brain scanning yang lebih detail untuk tujuan mengenalpasti punca sawan. Buat masa ini, baby diberikan antibiotik bagi tujuan melawan kuman yang dirasakan menyerang selaput otak. Hanya air tulang belakang sahaja satu-satunya prosedur yang masih belum dijalankan bagi tujuan memastikan teori doktor bahawa sawan tersebut disebabkan jangkitan kuman. Dari sudut tradisional pulak, kami telah berjumpa dengan tiga orang bidan kampung, semuanya menyatakan bahawa baby kami sebenarnya kena Keteguran/sampuk makhluk halus berdasarkan keadaan mata baby yang melilau-lilau, terjegil-jegil, terbeliak dan anggota badan yang mengigil-gigil. Entahlah mana yang betul, hanya Allah yang Maha mengetahui.... Sehingga sekarang Doktor masih lagi tidak tahu punca-punca baby kami mengalami sawan dan masih mencari punca. Kami akan terus berdoa dan berharap agar baby kami selamat dan sihat. Mohon kekawan semua dapat turut mendoakan bersama bagi kesejahteraan baby kami. Coretan 4 Jan 2006 A'kum.. Keadaan baby kami semakin serius. Dia sekarang diletakan dalam keadaan fully ventilation. Dr. telah memasukan 4 type ubat anti-sawan and double-up dose. Ujian CT Scan pun mengesankan brain structure is normal and no abnormal brain fluid. Blood-culture yang dibuat sekali lagi juga normal. Beberapa ujian metabolism juga telah diambil, few of it came out normal, tinggal beberapa lagi yang masih belum diterima dari Ins. Penyelidikan Perubatan. But yesterday, new finding came out, the sound of heart of baby didapati abnormal, mungkin ada masalah jantung. Plus they also found out long bone of both legs and hands abnormal. It look like those bone dimakan virus or may be because of rickets, but ujian mineral dapati kandungan kalsium normal! Kami dah buntu, and now the Dr. going to send her to Selayang for MRI and akan membuat prosedur mengambil air tulang belakang! Segalanya terserah pada ketentuan Allah...... Coretan 5 Jan 2006 Akhirnya Dr. dapati masalah tulang tersebut disebabkan tahap ALP dalam tulang yang rendah. Tulang anak kami semakin mereput dan tidak tumbuh dengan normal. Semoga Allah mengasihi Alesha dan melimpahkan ihsan Nya bagi keselamatan dan kesembuhan untuk Alesha. Coretan 6 Jan 2006 Seawal 6.00 am kami sudah bergegas siap untuk ke hospital. Semalam Dr. dari Putrajaya menghubungi kami memberitahu yang mereka memerlukan sample darah kami utk menentukan punca penyakit anak kami. Manalah tahu ada penyakit keturunan. Kata Dr. lagi penyakit ini adalah yang pertama di Malaysia jadi mereka perlu masa untuk mendapatkan jawapan. Sayu melihat tubuh Alesha terbaring lesu. Mata ditutup rapat... lemah... seakan tiada daya lagi untuk menangis. sekali sekala dia menggerakkan badan, tangan dan kakinya apabila disentuh. Mungkin dia tahu yang Mama dan Papanya datang menjenguknya. Sebak melihat tapi tak terdaya melakukan apa-apa selain dari memandang dan mengusap dahinya. Hati dah berjanji tidak akan menitiskan air mata di depan Alesha lagi dan hanya memberikan senyuman walaupun pahit... Walaupun Dr. mengatakan berkemungkinan hayat Alesha tak panjang. Kami tetap panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Alesha selamat. 

Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Coretan 7 Januari 2006 
Tadi kami melawat Alesha. Keadaannya seperti baby comel yang sedang tidur, aman, tenang tanpa sebarang kerisauan. Alangkah indah kalau dia sihat seperti baby yang lain. Tapi baby kami istimewa, tidak seperti yang lain. Kami terjumpa kajian tentang penyakit nya di internet. Mungkin ye mungkin tidak, tapi ini la kesimpulan yang paling hampir bagi pakar - http://www.emedicine.com/ped/topic1126.htm Allah kuatkan la Alesha dan sembuhkan la ia demi ihsanMu. 

Monday, 16-Jan-2006 00:00 Coretan 16 Januari 2006 
Lama sungguh tidak mencatatkan sesuatu di sini. Saya tidak berapa sihat, tambahan keadaan diri yang telah bentan dan dua kali tumpah darah. Bersyukur ada suami yang tabah dan cukup cekal... Tak terbalas jasanya pada ku. Semalam 15 Disember, kami melawat Alesha. Dia kelihatan semakin baik. Jangkitan Kuman yang menjangkiti paru-paru sebelah kiri dan sebahagian paru-paru kanan telah berjaya dikawal. Bagai hampir luruh jantung bila doktor kabarkan berita tersebut selasa lalu... Ya Allah, cukup-cukup la kesakitan dan penderitaan anak ini.... tolong la Allah.... Paling mengemparkan bila aku mendapat berita dari hospital mengarahkan kami datang segera ke sana. Waktu yang dipilih utk perkabaran tersebut sampai adalah terlalu menyesakkan nafas... bayangkan talipon berdering di pagi hari raya korban, ketika suami ku sedang khusyuk bersembahyang raya... hospital talifon agar kami datang segera kerana anak kami perlukan pertukaran darah.. dan pilihan yang ade adalah aku..... hampir pengsan dibuat nya Tetapi semalam, alhamdulillah, setelah segala usaha pihak hospital lakukan, kejayaan telah menampakkan hasil nya. Alesha tidak lagi dibekalkan makan secara drip, dia telah diberikan susu sepenuhnya. Alesha cukup cergas dan telah boleh menbukakan mata nya. Hati ibu mana yang tidak luruh bila anak kecik yang dikandungnya selama 9 bulan membukakan mata dan tajam memandang kepada ibunya tak kala nama nya disebutkan... luruh air mata bila melihat anak ku sudah boleh membukakan mata dan mengerak-gerakkan tangan dan kaki nya... Allah... sembuhkan la ... Aku sempat merakamkan detik-detik itu. Ingin ku kongsikan pengalaman ku ini kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua, tetapi malang nya fotopages ini tidak mengizinkan attachment dari format lain selain Jpeg atau JPG sahaja. Namun apa yang dapat ku kembarkan di sini adalah sekeping gambar Alesha setelah dia genap berusia 30 hari pada 15 Januari 2006. Teruskan doa anda untuk kesihatan dan kesejahteraan anak kami. 

Tuesday, 24-Jan-2006 00:00 Coretan Kasih anak ku 
Doktor dah stop pemberian ubat (yang lebih merupakan antibiotik dan vitamin aje) pada Lesha. Dari medical chart, jelas ubat telah diberhentikan pada 22hb Januari lagi. Tanda-tanda serangan sawan pun telah lama tidak kelihatan sejak 6hb Januari jam 5.00 pagi. Kelihatannya Lesha semakin pulih. Lesha telah sedar, telah mula mengerak-gerakkan tangan dan kaki. Lesha telah mula melihat muka ibu nya ini. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat perubahan ini... bercucuran air mata melihat anak yang dikandung itu semakin cergas dan sihat. Ya Allah... sembuhkan la anak ku itu, aku memohon dari Tuhan yang Maha Menjadikan, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, dan Maha Menyembuhkan... Tapi kelmarin, 23hb Januari, kelihatannya Lesha seperti susah sangat nak bernafas. Kata Doktor dia seperti tidak dapat menyedut nafas sepuasnya. Sepatutnya, bantuan pernafasan dari mesin 30%, Lesha seharusnya bernafas sendiri melebih 70%.. tapi yang kelihatan Lesha hanya bernafas sendiri sekitar 30-40%. Badan dan kepala Lesha dinaiki ruam, kelihatan dia kegatalan dan kepayahan... Mengigil-gigil tangan dan kaki Lesha sama ada menahan sakit dek kegatalan ruam atau mungkin dek kerana kurangnya pernafasan... entah la... menitis semula air mata ini kelmarin bila melihat keadaan Lesha... Ya Allah, cukupla kesakitan yang ditanggung anak itu... tolong la Allah, sembuhkan la.... Ujian Darah dan Metabolisma yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan telah keluar. Berbalang-balang darah kami (saya, suami dan Lesha sendiri) diambil untuk diuji. Alesha turut diambil air kencing bagi tujuan ujian dan kajian. Keputusan yang keluar, kesemua kami adalah NORMAL !!! Ya... kami adalah manusia normal... Tapi ketentuan Allah menghendaki sebaliknya.. Anak kami sakit.. sakit yang tidak diketahui puncanya.. Mungkin ini adalah hukuman atas dosa kami, mungkin ini adalah ujian kesabaran, mungkin juga ini adalah kifarah yang dinyatakan sebagai penyelamat hari pembalasan... hanya Allah sahaja mengetahuinya Apa yang pasti, anak kami Alesha telah bernafas dan berada di muka bumi ini selama 41 hari... tetapi 32 hari daripada usianya dihabiskan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Putrajaya  

Wednesday, 25-Jan-2006 00:00 Akhirnya berita itu benar.... 
Tadi kami dipanggil untuk berjumpa doktor. Ujian lanjut yang dibuat sekali lagi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Ujian oleh Pakar Hospital Seremban dan Ujian Pakar Hospital Putrajaya mengesahkan Alesha mengalami simptom bagi penyakit HYPOPHOSPHATASIA. Penyakit yang berkait rapat dengan kekurangan kandungan Alkaline Phosphatase (ALP). Hanya itu sahaja yang kurang dalam badan Lesha.... yang lainnya normal... dan hanya itu sahaja dianosis yang terhampir dengan masalah kekurangan ALP itu. Dr. Siti dan Dr. Fauziah, pakar yang bertemu kami menerangkan segala-galanya. Dari apa yang kami faham, kepakaran perubatan telah sampai ke penghujungnya dalam merawat penyakit ini. Segala-galanya sekarang ini terletak di tangan Allah. Segala-galanya di tangan Tuhan yang menjadikan, menghidupkan dan kemudiannya mematikan Alesha bila sampai masanya nanti. Malahan kita semua terletak di bawah lindungan dan rahmat Nya. Sekurang-kurangnya Allah telah memberikan rahmatNya kepada saya untuk mengecapi keindahan dan kenikmatan menjadi seorang ibu (pinjam kata-kata suami ku). Memang betul, Allah telah mengizinkan saya merasa keseronokkan ketika mendapat tahu saya telah hamil. Kemudian diberiNya rasa mual, pening, muntah sepanjang 3 - 5 bulan saya mengandung sehingga saya terpaksa ditahan di wad 3 kali kerana mengalami morning sickness yang servere.. Allah turut telah memberikan rahmatNya pada saya untuk merasa debaran menanti saat-saat melahirkan. Alhamdulillah, terlalu mudah saya merasai kepayahan melahirkan Alesha. Sakitnya hanya sebentar, lahirnya hanya dalam masa 2 minit.. Sehingga sekarang, langsung saya tidak teringat dan tidak dapat mengenangkan kesakitan dan kepayahan melahirkan Alesha. Mungkin Lesha tahu, dia tidak mahu menyusahkan ibunya ini ketika dia lahir ke dunia. Keadaan Lesha sekiranya dilihat secara luaran dia stabil dan cergas, cuma masalahnya dia langsung tidak mampu untuk bernafas sendiri. Masalah penyakit hypophosphatasia itu tidak ada rawatan setakat ini, dan kata doktor, mungkin Lesha merupakan pesakit pertama mengidapinya di Malaysia ini!!!! Kata doktor lagi, tidak ada apa yang mampu mereka lakukan. Hanya berharap Alesha mampu bernafas dengan sendiri dan sekiranya dia mampu nanti, Lesha akan pulang ke pangkuan kami. Hanya itu sahaja objektif utama sekarang ini. Tak pa la... walaupun apa kesudahannya nanti, kami terima pemberian Allah ini dengan penuh syukur dan akan kami jaga sebaiknya selagi ada hayat di badan. Kerana sesungguhnya, rahmat Allah telah terlalu banyak buat kami, dan kami tidak mampu untuk menidakkannya.... Allah limpahkan RahmatMu 

Friday, 27-Jan-2006 03:16 Entah la... 
Semalam bila gi lawat Alesha, dia kelihatan sihat, cergas, bergerak ngan aktif, dan memandang-mandang sesuatu (entah apa yang dipandangnya tak tau la)... Lesha dah semakin berisi, walaupun aku hanya mampu menyusukannya selama dua hari sahaja.. mungkin susu formula hospital tu dari jenis yang baik. Gembira sungguh bila lihat Alesha cergas. Kata doktor, mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun. Apa yang menyebabkan Lesha terus ditahan adalah kerana Lesha tak mampu bernafas dengan sendiri. Kata Doktor lagi, bila Alesha pandai bernafas sendiri, Lesha boleh pulang ke pangkuan kami. Alesha tolong la mama, bernafas la, mama rindu Lesha.. bernafas la semoga nanti Lesha boleh pulang... Ya Allah, turunkan Rahmat Mu, tunjuki la anak itu agar dia boleh bernafas dengan sendiri nya.... Tapi itu semalam... hari ini lain pulak cerita nye. Tadi Doktor bagi tau Alesha dijangkitan semula kuman pada paru-parunya. Allah cukup la, sudah tidak termampu lagi anak itu menanggungnya. Alesha diberikan antibiotik semula bagi mengawal kuman pada paru-parunya. Tolong la Ya Allah!!. janganlah lagi ditambah derita anak itu. Ya Allah, sekiranya kegembiraan Nabi-nabi Mu, Malaikat-malaikat Mu atau hamba-hamba Mu yang Kau inginkan, maka sembuhkanlah anak ku itu, sihatkan lah tubuh badannya, kurniakan lah rahmat Mu agar dia mampu bernafas dengan sendirinya, kukuh serta tumbuh suburkan lah tulang-benulangnya, kerana sesungguhnya kau berkuasa ke atas hamba Mu... tetapi sekiranya kegembiran musuh-musuh Mu yang kau inginkan, maka sesungguhnya tiada lah lagi daya bagi ku untuk melawan, kerana sesungguhnya Kau berhak ke atas segalanya..... terlalu merindu Alesha 

bersambung vol 2

Friday, April 21, 2006

Lawak pakwe

Kemarin balik koje pakwe amik. Cam biasa x kira atas motor atau dalam kete aku ngan pakwe suka citer2 atau gurau senda. Biasanya kalo bab citer, aku ler yang selalu jadik tukang citer sebab aku memang suka beciter ngan pakwe atau sesaper jerk. Kalo ngan pakwe, biasanya waktu balik koje tuh nak2 plak waktu pakwe yang amik aku dari opis, aku suka citer tentang perkara2 yg berlaku kat opis atau apa2 yg aku buat masa kat opis kat atas motor atau dalam keter mentara nak sampai kat umah tuh. Yang pakwe lak cam biasa jadik tukang dengor. Bab beciter, pakwe kurang. Dia selalu dengo jerk sampaikan kengkadang aku tanya kat dia…”abang dengo x nih?” demi melihatkan dia diam jek menghayati citer aku tuh! Haaa.. lain lak kalo bab gurau senda ngan adegan2 romantis nih! Hehehehe… kami saling memberi dan menerima. Pendek kata xde ler aku sorang jerk yang terhegeh2 nak romantik2 ngan pakwe sedangkan pakwe cam tunggul wat dono jerk. Ampeh ler cenggitu! Huhuhuhu.. seiring dan sejalan. Nak jadik citer, semalam masa nak balik umah dari opis kat atas motor kat tapiklight merah nak sampai Asia Jaya pakwe bagi aku teka-teki. 

Pakwe : yang, abang ada teka-teki 
Aku : uiks… naper lak ari nih tetiba nak main teka-teki lak? 
Pakwe : sajer… xleh ker? Nak dengor ke x nih? 
Aku : ermm… ye ler… menda teka-tekinya? Teka-teki teka-tekuk.. ular mati atas pokok? 
Pakwe : dalam banyak2 lori, lori apa banyak tayar? 
Aku : lori banyak tayar? Ermmm…… lori…. 
Pakwe : xtau ker? 
Aku : laaaaaaa…blom lagik ler… mama baru nak pk nih! Haaaaaaa… lori trailer 
Pakwe : baper tayar dia? Aku : ntah! 16 kot? 
Pakwe : 16? 
Aku : ye ler gamaknya. Ntahler.. mama xtau ler… x penah kira pun! 
Pakwe : ermm.. 16 jer erk! cher tengok lori kat belakang tuh! 
Aku : mana? (sambil toleh belakang. uiks! Aku terpasan sebijik lori… tp ampeh!) 
Pakwe : banyak kan tayar dia? 
Aku : ayah ni tau! ngengada. Suka mainkan mama. (sambil tampar manja belakang pakwe…. 

Kitorang sesama gelak. Nak tau lori apa? Huh! Memang ler kat belakang tuh lori… tapi tayar dia xde la banyak. Lori tuh lori kecik jerk.. yang biasa org guna tuk bawak2 barang tuh. Cuma kebetulannya ari tuh lori tuh bawak tayar kat tempat barang kat belakangnyer… jadik jawapan tuk teka-teki pakwe tadi tuh, lori tu ler… tah baper puluh tayar yg ada!

Thursday, April 20, 2006

Argghhhh tensennya aku!

Pagi tadi org bank tipon bagitau kete masuk bulan nih dah 5 bulan x bayo. Huh aku dah agak dah… Payah tul ler cenggini. Sib baik 1 kete jerk! Kalo lagi satu kancil aku tu pun x berbayo lagik ler aku pening. Aku nih cam banyak reta jerk. Kete nama sampai dua… tapi 1 memang abang aku punya tapi beli guna nama aku sebab abang aku xde slip gaji. Orang koje berniaga ayo jerk. Yang 1 lagik plak memang aku punya tapi skang aku dah bagi orang lain pakai tapi kawan abang aku ler sebab aku dah tuko pakai kete lain. Tuko beso sket sebab kete kancil aku tu pun kete sekenhen… dah teruk. Sib baik orang tu pakai bayo ok lagi setakat nih. Bank skang nih dalam proses undang2 nak blacklist nama aku jugak dalam proses nak tarik kete tuh. Masalahnya skang nih abang aku baru jerk dapat lesen bawak teksi.. blom start koje lagik. Dah baper bulan dia tanam anggur. Lama tu ler kete tu x berbayo. Kalo kete tu nama dia xper, ni masalahnya kete tuh nama aku. Yang kena blacklist sok pun nama aku jugak! Tapi yg punya kete sebenonya abang aku. Aku nih cuma bagi pinjam nama jerk. Isk… Dahler aku ngan abang aku yang sorang nih cam anjing ngan kucing. Memang dari zaman kekecik lagi aku ngan abang aku x sebulu. Suka beno gaduh. Tapi satu masa dulu abang aku eksiden ngan kena pukul sampai masuk spital, nangis gak aku. Baru aku tau yang ropa2nya aku sayang kat abang aku…huhuhuhu. Bab kete ni plak aku dah banyak kali cakap ngan abang aku.. tapi aku ni cepat baran sama cam dia. Kang dua2 panas kang susah plak. Sudahnya dia ngamuk, aku pun nak ngamuk. Yang jadik mangsa abang aku yang sorang lagik tolong jadik orang tengah. Abang aku yang ni lembut sket…. X suka kecoh2 mungkin sebab dia anak lelaki sulung kot! Dia tau ler camner nak handle adik2 dia yang memasing bengken jerk. Kesimpulannya skang nih apa aku nak wat? Terang2 kete tu 5 bulan x bayo. Dulu rajin gak abang aku yang sorang lagi tu tolong bayokan sebulan dua wat cover kengkonon.. tapi bebaru nih abang aku eksiden. Dia pun dah tinggal abuk camner nak tolong adik dia merangkap abang aku yang bengken tuh? Aku plak? Aku pun cecukup makan jerk camner ler aku nak tolong bayokan dulu? Ermmm… poning palo den! Kalo orang lain sonang den nak cito.. ni abang sendirik. Kang gaduh kang takut x ngaku sedaro lak!

Pakwe? Kompius erk?

Pakwe? Kompius erk? Xkan dah kawin pun ada pakwe lagik kan? hahahahahah. Itu la aku... bila beciter ngan orang lain jerk tentang pakwe (hah kan pakwe lagi..huhuhuu) suka sangat sebut pakwe. Sejak dari zaman bercinta yang pakwe tu memang pakwe aku, aku memang biasa sebut pakwe sampai ler ke skang nih. Nih sumer gara2 dah biasa kat opis. Badi akak kat opis ni yang memula sebut pakwe makwe nih sampai skang. Sampaikan kitorang nyembang memasing pun xde panggil nama. Senang panggil makwe2 jerk. Yang lelaki panggil pakwe atau ensem, yang pompuan panggil makwe pastu roger! huhuhuhuhu. Tah dapat dari mana aku pun xtau ler..

Abang dan Sayang atau Ayah dan Mama

Dulu masa lom kawin gelaran antara aku ngan pakwe ialah abang dan sayang. Start jerk kitorang couple rasanya masuk bulan kedua aku dah panggil pakwe aku tuh abang. Tu pun dia yg suh, padahal aku ngan dia sama baya… kalo nak kira tarikh lahir aku lagi tua dr pakwe 6 bulan. Heheheheh aku lahir bulan 6, pakwe lahir bulan 12. tapi biasa arrr.. zaman bercinta…. 

Kitorang sebenarnya memang dah lama kawan… adalah dalam 7 taun. Mula kenal masa aku start koje yg pertama aku lepeh sekolah menengah taun 1997. Masa tuh aku koje kat Hankyu Jaya kat Chow Kit tuh! Masa tu ler aku kenal pakwe tu…. Tapi hubungan kitorang cam biasa jerk. Masa koje tu pun aku x baper rapat sangat ngan pakwe… aku koje kat situ pun sebulan jerk. 

Memula pakwe berenti dulu…. Dalam seminggu pastu aku lak berenti sebab dapat oper dr tempat koje aku skang nih. Kalo x… xtau ler kat mana aku skang nih! Koje pasaraya lagik ker pun tahler…. Tapi sebelum pakwe berenti koje masa tuh sempat gak ler dia amik no tipon aku… masa tuh x pakai enpon lagik. Amik no tipon umah akak aku jerk sebab masa tuh aku dok ngan akak aku kat Setapak. 

Dalam beberapa taun tu ada la dalam setaun 2 atau 3 kali jerk pakwe tipon aku…. Lagipun masa tuh memasing dah ada pakwe makwe memasing. Pakwe tipon aku pun sekadar sembang2 kengkawan jerk. X sangka lak dah jodoh… dalam lebih kurang 7 taun lebih kawan gitu2 jerk ngan pakwe awal taun 2004 kitorang rapat. Mungkin sebab masa tuh memasing tengah frust kot? Hehehehe… bulan 5 kitorang wat keputusan bertunang…. Tanggal 2 Mei 2004 aku menjadi tunangan orang… syahdu jerk rasa. X sangka aku akan bertunang. Huhuhuhuhu… 

Masa zaman percintaan aku ngan pakwe nih memang jenis manja. Memang x dinafikan aku memang cukup manja ngan pakwe. Nak kata romantik atau x… boleh gak dikatakan romantik… tapi lebih banyak kepada manja. Huh! Nyampah aku.. kalo org tengok cam gegedik jerk manja nyer.. huhuhuhuhu…Zaman percintaan tu la aku berabang2 ngan pakwe dan pakwe lak panggil aku sayang. Masa kat tempat koje lama jerk panggil nama… masa tuh x sangka lak yang pakwe nih akan jadik laki aku. Muaahahahaha 

Hampir setaun bertunang kitorang diijabkabulkan pada 12 Feb 2005… maka sah ler aku jadik isteri kepada MD. SAIFUL BIN MD SANI. Lagik syahdu aku rasa sebab x sangka jejaka inilah yg akhirnya menjadi teman idup aku… Kalo tau baik dr memula kenal dulu jerk terus kawin. Xyah buang masa bercinta sana sini tp last2 kawin ngan orang tu plak. 

Ermm….Dah rezeki…. Aku pun bunting pelamin. Mungkin berkat adiah animun dari boss aku p penang kot? Muahahahahaha. 3 ari 2 malam… x kuor bilik aku cakap…. Huhuhuhuhu.. sabo jerk ler.. bukan xnak kuor, tp takut sesat! Hehehehe.. baru kuor bawak keter p makan dah xtau jalan nak balik hotel. Sudahnya pastu nak kuor makan jln kaki jerk p kedai mamak. Nak makan kat hotel mahal…. 

Masa ngandung, memang aku best. Pakwe layan aku cam tuan puteri. Memang manja gila babas betul aku… dah tu satu lagi peel aku suka merengek2… ntah ngaper xtau ler… x pueh kot merengek ngan mak masa kekecik dulu kot? Ermmm…. Kena lak masa bulan posa…. Bangun sahur pakwe yg uruskan tuk aku, bukan aku yg uruskan makan sahur tuk pakwe. Heheheheh… bila tingat waktu nih musti rasa nak ngandung masa bulan posa lagik nanti. Layanan pakwe memang first class…. Sampaikan nak masuk tido pun pakwe yg tidokan. Heheheheh… siap tepuk ngan peluk tuh sampai tidoooo! 

Bila bangun pagi lak selalunya pakwe yg kejutkan. Musti bg morning kiss dulu… ermmm… Tapi skang sejak dah ada anak nih lain sket dah. Manja tetap manja…. Romantik tetap romantik tapi xder la dah cam dulu…. Gelaran pun dah bertukar. Skang nih aku ngan pakwe lebih selesa membahasakan diri memasing mama ngan ayah. Tah naper la… panggil abang ngan sayang tuh dah kurang. Bila guna jerk perkataan tuh rasa lain sebab sedap lagik mama ngan ayah! Mungkin dah biasa atau penangan kelahiran Qina kot nih! Sib baik bukan apoknya ngan moknya… muahahahaha. Walaupun panggil mama ngan ayah tapi kitorang tetap romantik! huhuhuhuhu… 

Rindu lak kat pakwe. AYAH…. MAMA RINDU! I LEBIU YAH…. Pakwe lak selalunya musti jawab AYAH PUN RINDU… I LEBIU 2 MAMA…

Wednesday, April 19, 2006

Lagu dan Natasha

Sejak citer Natasha dah abis nih selalu sangat dengar lagu tema citer Natasha nyanyian Liza Hanim tuh! Dalam sehari rasanya aku dengar ada la dekat 5 kali. Sebelum nih xde la plak…. Ermmmm… malam nih dah xde citer Natasha dah. Citer baru nih camner la gamaknya. Best ker? Apapun, aku tonton jerk ler….. nak tengok siaran lain apa lagik? Lain ler kalo kat umah aku ada astro.

Naper ngan blog aku nih?

Isk! Naper lak ngan blog aku nih? Dah dua orang kata xleh nak komen? Heran, musykil pun ada. Ada lagik yang x ok ker? Ermmmm… rasanya aku dah godek abih dah… xtau nak godek tang mana lagik. Lagipun pc aku nih memang pc taraf ampeh jer…. Jadik aku pun xtau ler pc orang bila bukak blog aku nih jadik camner. Xper lah! Aku pun masih dalam kategori buah cempedak lagik… nanti aku cuba la godek2 lagi tang mana2 yang patut. Arap2 pasni xde la masalah problem lagik. Penat dah aku dok ngejas itu ini…

Tuesday, April 18, 2006

Stori of Tipah... heheheh

Ada satu malam tu Tipah balik dari tuisen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk! Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde, Tipah sensorang ajer. Takut gak tau! Tunggu punyer tunggu dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak piker ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, tak nak berenti la pulak. Tipah tak kira terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu. Yang peliknya, ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler? Tipah peratikan takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu ? laaa baru Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik dan nyaawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya. Dlam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han? Adakah kondukturnya To?.? Adakah? adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, kejamnye ! "Tt?tolong?toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada. "Hoh! Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas. Alahaiii, sapa pulak tu? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu laa… rosak enjin dia. Patut la slow aje… patut pun tak der drebarnya… patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu. Hee hee heehhhhh malu Tipah tau!

Qina Dan Ragamnya

Aku x tau ler naper ngan si Qina sejak akhir2 nih? Banyak beno lak ragamnyer! Qina dah x baper nak minum susu badan aku lagik. Puas dah aku sumbat… balik2 dia geleng2kan paler dia…. xpun dia menangis. Yang aku heran tuh nak bagi minum susu tu macam nak bagi apa lagik. Payah beno aku rasa. Tapi bila aku sumbat botol susu formula bukan main lagik. Alahai buah ati mama…. 

Dua tiga ari ni camtu la perangai dia…. Dah ler sememangnya Qina kurang minum susu badan, sebab susu aku x banyak. Yang ada tu plak skang nih dah dia xnak. Dulu aku selalu gak balik waktu rehat tengah ari… sekurang2nya waktu aku balik tuh dapat gak ler dia menyusu. Tapi sejak harga minyak dah mahal nih…. Aku dah x balik tengah ari dah. Aku balik bila ari jumaat jerk. Itupun x tentu… kalo pagi tu aku bawak keter, aku balik ler… kalo pakwe anto, x balik ler aku. Nak ulang alik tiap2 ari sampai dua tiga kali sehari tu.. membazir aku rasa kalo kira cam skang nih. Jadik baik ler aku berjimat. Banyak benda lain lagik boleh buat. Qina minum susu aku Cuma waktu petang lepas aku balik dari kerja dan malam atau tengah malam bila dia sedar dari tidur. Itupun kengkadang petang dia xnak sebab mak aku dah bagi dia makan. Bila dah kenyang xkan nak menyusu lagik kan? Kengkadang aku bagi jugak ler… biar basah tekak sikit. Janji dia x lupa susu aku tuh! 

Pas tu waktu pagi sebelum aku p keje…. Memang aku akan bagi dia nyusu dulu. Tapi tu la…. Sejak akhir2 ni dia xnak ler plak… isk! Nak wat camner nih hah? Pening dah aku dibuatnya. Dah ler sebelum nih aku tengah risau pasal nak p kursus ujung bulan nih. Risau pasal p kursus bukan balik hari tapi kena dok sana 3 hari 2 malam… mak aiiii… bukan setakat pening pikirkan si Qina nak menyusu, malah pening nak pikirkan camner la perasaan aku bila berpisah ngan anak nanti… x sanggup mak dibuatnya. Tup2 skang nih dia dah xnak susu aku dah…. Kalo ikutkan memang senang ler aku nak p kursus tu…. tapi…. tah ler…. x best lak aku rasa bila dia dah xnak isap susu badan lagi. Sudahnya buat keputusan aku p kursus nanti bawak ler summer family aku… abis kursus terus balik kampung la. 

Satu lagik tu bila nak tido…. Sememangnya Qina x boleh tidur sendirik kat bawah. Musti nak masuk buai dulu… Agak2 bila dia dah lena baru angkat masuk bilik, tu pun bila waktu malam ler…. Bila siang memang sepanjang masa dia akan tidur kat dalam buai. Kalo letak bawah jawabnya x tido ler dia…. Kalo ngantuk sangat tuh lelap le gak dalam 15 minit pastu ermmm…. Jenuh ler….. Bila malam tuh kengkadang bleh gak ler terus tido kat atas katil kalo dia dah ngantuk sangat. Tapi kena perap dulu ler…. Sambil baring tuh bagi dia nyusu… lelama dia tidur la… 

Ari sabtu ari tuh memang jenuh. Dari pagi sampai malam memang langsung sikit pun dia x menyusu badan aku… frust tul aku rasa. Jenuh aku sumbat tetap xnak. Malam tuh dah tido dalam buai aku angkat masuk bilik. Tetiba dia terjaga sebab cepat sangat angkat. Dia belum cukup lena lagik. Angkat jerk terus jaga. Tepuk2 xnak tido. Cuba perap bagi susu abis dia nangis2… tuh yang aku heran tuh. Tiap kali bagi susu mesti nak nangis. Cam sakit plak bagi susu tuh. Sabo jerk ler… Sudahnya aku biarkan jerk dia main sensorang. 

Dahtu suka sangat plak ngan kain. Pantang dapat kain abis sumer nak masuk mulut. Sarung bantal ada ropol… ditarik2 nya nak bawak ke mulut. Agak lama dia main2 sensorang tuh dia meragam.. bagi balik susu tetap xnak. Mata dia ngantuk tapi susah nak tido. Kena la bawak keluar masuk buai dulu… ermmm…. Payah tul cenggini. Tido musti nak buai. Susah kalo nak p memana camnih! Semalam p umah akak kat Setapak. Memang ada buai tapi anak akak aku plak dah tido dalamnyer.. punya la meragam si Qina nak tido…. X senang duduk aku ngan ayahnya. Sudahnya gantung tali kat tiang katil ngan besi tingkap. Pueh ati… baru ler boleh tido. 

Selain tuh Qina nih suka sangat p jenjalan. Tiap2 ari waktu petang mak aku atau embahnya akan bawak dia jalan2 kat depan koridor tuh sambil tunggu aku balik kerja… Kalau bawak balik masuk umah jerk mula la dia merengek… dah pandai jalan nanti camner ler… Tiap2 ari musti camtu. Bila dukung pun musti nak toleh kat pintu. Nak suh bawak kuar ler tuh. Bijak sungguh! Satu lagik yang dia suka tengok cermin. Tuh yang aku heran. Masa ngandung dulu aku xde ler gemor sangat ngadap comin! Mekap pun ikut dan jerk! Tapi Qina…. Lalu kat tepi cermin jerk nak toleh. nak pandang. Dapat jerk tengok cermin bukan main lebar lagik senyum anak dara aku sorang tuh. Alahai… naper ler ngan anak ayah sorang nih? Nih baru sorang… kalo dua tiga camner la gamaknya?

Rezeki Aku Ari Nie..

Ari nie rezeki aku memang murah! Hehehehe…. elok jerk aku sampai opis makwe Ana dah sms tanya makan apa? Katanya dia bawak nasi impit ngan rendang. Ermmm…. Aku belum pun sampai tempat lagik dah nampak rezeki…Makwe sorang lagi lak bila aku tipon tanya nak makan nasi impit, dia kata dia bawak nasik goreng ler plak… ermmm…. rezeki lagi… Sudahnya ari nih aku naik atas dorang bagi aku nasi goreng ngan nasi impit ngan bingka roti. Huh kenyang mak dibuatnya. Tu pun masa aku menaip nih aku baru makan nasik goreng jerk! Nasi impit x makan lagik sebab kenyang lagik aku rasa. Tapi dorang kat atas tu tengah berkelah… dorang tipon aku tadik ajak naik atas join dorang sekali, tapi aku kata aku bz… heheheheh.. bz menda tah! Boss dorang xde kot? Boss aku..??? memang xde… huhuhhu ampeh! Apapun, aku ucapkan tengkiu ler bebanyak kat kengkawan aku yang x penah lupa kat aku bab2 makan nih! Huhuhuhu… Nak2 plak masa aku tengah bunting dulu… Aku kata tingin nak makan spaghetti… makwe tuh siap buatkan lagi tuk aku… Alhamdulillah… Aku doakan dia moga sentiasa murah rezeki dan Allah berikan dia rezeki satu lagi yang setiap pasangan inginkan dalam sebuah keluarga… Amin.

Ikan Bakar

Ari Jumaat ari tuh aku ngan kengkawan kuor p makan ikan bakar kat belakang istana. Errrr… yer ker belakang istana? Ntahler… aku pun xtau. Tu ler baru pertama kali aku p. Masa p tuh aku ler pilot….. tapi aku tetap xtau andai satu masa nanti aku nak p sendirik. Aku ni jernis lembab sket bab2 nak menghafal perjalanan nih! Memula nak hafal p balik umah dari opis masa baru2 kawin dulu tu pun sampai sebulan… hehehehe .. Sabo jerk ler…. 

Citer pasal makan ikan bako nih sebenarnya ada citer lain di sebaliknya… tapi xper ler…. Aku simpan ler jadik rahsia..huhuhhu… Penuh sebijik kete p makan ikan bako… sampaikan aku rasa berat jerk kete aku. Tuh belum makan lagik. Lepas makan lagik ler…. Hhehehehehe.. jangan marah arr kengkawan. 

Kitorang kuor kol 12.00 tengah ari… setengah jam awal dah cabut. Mentang2ler boss meeting…. Ermmm…. Sian kat boss aku tuh. Aku nih selalu sangat ilang dari tempat duduk. Sebab tu ler markah spektra aku ampeh. Xper ler… aku tau saper diri aku. Tapi sib baik ler balik tuh x lambat. Kol 1.30 dah sampai opis balik dah. Kawan aku pun kol 3.00 nanti nak masuk meeting. Aku bawak kete ganas ler dorang kata… Pakwe pun kata aku lagi ganas dari dia bawak keter… hehehehe.. ye ker ganas??? Huhuhu.. sememangnya aku mengakui yang aku nih kurang ciri2 kelembutan tuh! Hahahahaha. Ganas semacam. Tapi…. aku x kisah… aiman pun x kisah! Kuikuikui..

Saturday, April 15, 2006

Kisah Di Pasar Malam

Petang semalam balik je dari keja aku ngan pakwe terus p pasar malam kat Taman Dato' Harun. Nasib baik ari x ujan lagi masa tu... baru gerimis jerk. Kat opis masa pakwe sampai tu dah start ujan sikit2 dah... pakwe datang amik naik motor lak tuh! Ahhhh... redah gak lerrr.... Nak tunggu nanti takut lagi lambat plak. 

Sampai kat kawasan umah aku ujan x turun lagik tapi mendung hitam menyelubungi.... tapi aku tetap nak ajak pakwe p jugak sebab nak tuko baju ngan suor... Kat pasar malam abis satu kawasan kitorang pusing. Punyalah luas pasar malam tuh. Ya Allah... penatnyer aku berjalan. Ngan rasa2 sakit perut ler.... sumer tuh gara2 nak tuko baju ler! Yang aku frust tuh! dah pueh aku jenjalan kat sumer kedai, kedai baju tuh xde ler plak semalammmm... Akak tu bukak kedai xde tapak, ikut dan mana jerk! Semalam agaknya xde tapak kot? 

Baju ngan suor tuh aku beli minggu lepas... nak tuko la konon sebab x muat arrrr! Kengkonon nak pakai baju natasha.... beli2 bawak balik umah sempit! Ampeh tul ler.... pakwe leh kata tu ler, saper suh gemuk lagi badan tuh! Sadis rasa ati ini..huhuhuhu. 

Berbalik pada kisah yang aku nak citer tu... sesambil jalan nak carik kedai akak baju natasha tuh, sesambil toleh2 ler kedai2 yang lain. Sampai 1 kedai cd.... orang yang jual cd tu suami isteri. Yang aku sedih tuh, siap bawak anak lagik. Anak tuh plak kecik beno.... ada la dalam 5-7 bulan gamaknya. Kesiannyerrr aku tengok. Dia bubuh anaknya kat dalam walker letak kat belakang dorang jerk kat tepi van. Bayangkan.... kedai cd, tentu kedai tu suasana dia bisingkan? Bunyi radio yang amat kuat campur lagi ngan bunyi enjin generator.... isk..isk..isk... Aku sian sangat tengok budak tuh! Tetiba rasa cam sayu jerk! Teringat kat Qina kat umah. Emak ayah dia x pk ker kat anak tuh. Kalo aku ler... baik dok umah jerk jaga anak xpun tinggal kan jerk kat sesaper…. Kesiannnnn… budak yang kecik tuh dibiarkan kat persekitaran yg x baper sesuai… Bukan lagi x baper sesuai tp aku rasa memang x sesuai. Boleh rosak gegendang telinga dia kalo ari2 dok dengar bunyi bising tuh! Bukan sikit2 punya bising tp bising yang amat. Aku yang dah nak masuk kategori tua ni pun dok kat kedai cd tu leh bingit telinga ni kan plak baby umur x sampai setaun tuh! Bayangkanlah!!! 

Minggu lepas masa aku p pasar malam tapi tempat yang lain (kat kawasan umah aku banyak pasar malam… leh dikatakan ari2 ada pasar malam) aku memang singgah kat kedai cd tu. Aku beli la cd cetak rompak tu dalam 2 keping. RM10.00.. dulu 3 keping seploh inggit. Masa ari tu la aku terperasan akan baby tuh! Itupun pakwe aku yang tunjuk. Bila aku pandang jerk terus tersentap ati aku. Aku nih sejak dah jadik mama nih sensitip sikittt… cepat beno perasaan tuh nak2 plak bila melibatkan baby. Otomatik pikiran aku terus teringat kat anak aku…. Ermmm…. Masa aku tengok tu sama gak situasi dia… bezanya semalam aku p anak dia jaga… tengah main plastik bekas cd tuh. Minggu lepas anak dia tengah tido. Lagi ler aku kesian tengoknyer. Rerasa aku cam nak mintak bawak balik jerk. Bio anak tu tido kat umah aku dulu… Masa anak dia tido tuh diletakkannya kat dalam keter sorong baby… sendal la bantal sebijik. Dah tu di letakkan keter tuh betul2 kat tepi enjin generator. Adusss… aku rasa cam nak nangis jerk. Baby tuh plak bleh tido lena dalam keadaan bunyik yang amat kuat tuh. Agaknya telinga dia dah tuli dah gamaknya sebab ari2 camtuh. Sayu jerk ati aku masa nak tinggalkan kedai tuh. Semalam ujan lebat elok jerk lepas aku sampai umah…. Aku masih lagi terpikirkan baby tuh. Camner la gamaknya mak ayah dia buat ngan baby tuh bila ujan lebat gila tuh. Ngan guruh kilat dan angin yang kuat….. Patut budak tu tempat dia kat umah, dah tentu selamat. Ermmm…

Malam Pertama Bersama KEKASIH...

ļ·²ļŗļŗ”ļ»¤ļŗ¤ļŗ­ļ»®ļ»”ļ»œļ»“ļ» ļ»‹ ļ»¢ļ»¼ļŗ“ļ» ļŗ 
Sudah bersedia kah anda... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa... Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka.. Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin' tersebut? Marilah bersama muhasabah diri. Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan... Wallahualam

Friday, April 14, 2006

PC Aku Yang Hampeh

Waaaaaaaa.... tensennya akuuuuu!!! Frust tul aku ngan sorang hamba Allah nih! 2 bulan aku cuti bersalin, masuk jerk keje pc aku dah mula bengong! Sememangnya pc aku sentiasa bengong ponggg!! Dari sebelum aku cuti lagi... tp aku pueh ati lagi walaupun pc aku ni dalam kategori bengong, tp masih lagi boleh aku banggakan. Cewahhh!! Skang ni yang aku xnak dan x boleh nak bangga sebab pc aku semakin hampeh aku rasakan. Masuk jerk keje lepas cuti 2 bulan pc aku dah wat hal... tah apa masalah poblemnya aku pun x tau laaa... Nak mintak tuko pc baru gamaknya. Huh! jangan haraplerrr... 

Dipendekkan citer..., bila pc tu dah bengong, aku pun tipon arrr orang yang berkaitan suh tengok apa yang patut. Tapi... apa yang buat aku sadis, abis sumer program kat dalam pc aku kena delete pastu bila masukkan program yang baru sumer program yang hampeh jerk! Dah ler setengah fail aku x dicopykan... sib baik fail tu x baper nak penting pongggg... xper lagi arrr.. Tapi yang x bestnya, lepas je dikembalikan pada aku.... pc nih dah banyak berubah. Dulu aku ada jugak YM... skang ni jangan kata YM, YZ pun xderk...huhuhuhu... Dan paling x bestnya.. aku nak download YM balik pun dah xleh.... Hampeh tul ler... tah program apa yang ada kat dalam pc aku nih aku pun xtau ler.... Itu, ok lagik arrr.. aku terima hakikatnya yang aku dah x boleh nak berYM2 lagik... selamat tinggal kengkawan YM aku...byezzzz Skang nih plak yang buat aku lagik menyampah pc aku nih seakan2 xleh nak buat benda lain dah... bila aku nak bertenet jerk musti kuar kotak tah apa2... kena klik itu laa... klik ini laaa.... adussssss... Satu lagik suka sangat kuor illegal. Dah jenuh aku shut down ngan restart tp tetap hampeh. 

Ermmm... citer satu lagik skang nih aku dah mula bergiat aktif ngan blog plak. Orang wat fotopages, aku pun wat fotopages... orang wat blog, aku pun nak wat blog jugakkkk huhuhuhu sabo jerk ler... xleh ketinggalan weh! Tapi yang hampehnya, blog aku nih walau camner aku edit dan godek sekalipun tetap camtu jugak. Kat tempat orang kalo bukak leh la dikategorikan sebagai canggih, tapi kat tempat aku... manggihhhh! Contohnya cam skang ni ler.... kat posting aku jangan ingat aku saja wat tulisan cenggini jerk, xde nak edit2 bentuk tulisan lain atau font lain.... tp kat pc aku xde benda alah tuh! Jadik pesen tulisan aku sepesen cenggini jer ler.... apa nak buat, taik kambing bulat2... huhuhuhu! Dan kalo aku nak letak gambo pun xleh nampaknya, melainkan kalo aku nak itu sumer aku kena menyongkit dan menenggek kat pc orang lain ler... Maleh aku. Kang orang kata aku xde koje lak nyongkit kat tempat orang lelama... Orang pun nak wat koje gak kan?ermmmm... Tapi mujurler aku ada laman satu lagik yang aku buat khas tuk aku letak koleksi gambo2 yang aku ada.... hahahahahaha.. pueh ati aku!

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka 

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? 
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! 
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. 
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! 
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya 

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" 

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : 

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, April 13, 2006

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Assalamualaikum... Ini adalah entry aku yang pertama sebab aku baru jerk bukak akaun kat blog nih! Disebabkan aku baru nak mula... atau pendek kata aku nih masih lagi dalam kategori buah cempedak diluar pagar, jadik untuk hari ni xde apa yang nak aku tuliskan. Hari ni aku cuma nak mengedit apa yang patut dan nak menggodek blog nih apa yang patut. Nak cerita ceriti, rasanya blom terpikir lagik nak citer apa.... Aku masih belum pueh ati lagi dengan hasil keje aku nih. Oleh yang demikian, >>> buah cempedak diluar pagar amik galah tolong jolokkan aku budak baru nak belajar kalo ada nampak mana yang salah tu, tolong le bgtau... leh aku betulkan!! Sekian, tengkiu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...