Pengikut Blog Ini

Showing posts with label Kejadian - Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Kejadian - Ragam Manusia. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Pencuri oh pencuri

X guna punya pencuri.
Naper le masa dia wat koje tuh x kena karan je???
Bior rentung.... padan muka.
Geram aku... menyusahkan org ramai!!!

Mlm ahad lepas, ada kecurian kabel kat blok umah.
Patut le tetiba lampu ngan kipas kat umah aku
miong semacam jer.. cam x cukup letrik.
Rupanya mmg x cukup le bila kabelnya dah xde.

Pagi tu pas abis lampu2 meletup, tv pun tetiba off,
mesin basuh pun off, bila di check2 baru la tau...
rupanya kabel udah kena curi!!!

Aduhhhhhhhh banyak kerugian kat umah.
Lampu 2 biji, kipas syiling, tv, printer, mesin basuh,
vcd, peti ais & modem streamyx aku abis sumer out huhuhuuh.

Setakat lampu tu xpe lagi... yg aku susah ati ni
tv, mesin basuh, peti ais dan printer aku... uwaaaaa.
TV dah 4 taun lebih... dah abis gerenti... tp masih lawa.
Mesin basuh pun udah abis.. baru 2 tahun lagi le lawa huhuhu.
Printer baru beberapa bulan... ok la ada gerenti lagi.
Peti ais lak memula ingatkan xde apa2...
tapi... x sejuk. ais batu dah seminggu langsung x beku!!

Kemarin Pakwe p TM tuko modem... sib bek dapat free.
Lampu pun tuko kemarin... lega sikit.
Semalam uruskan kipas lak... masih lega coz sib bek murah aje.
Dah tanya mesin basuh nak repair 200 lebih...
tv lak 100 lebih.... aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Kalo aku jumpa pencuri tu memang aku siut dia ngan
arus letrik... bior padan muka.
Geram bebenor aku dibuatnya.
Kalo ganti baru sumer tuh dekat 4k juga ler....

Letih!!!

With love

Thursday, April 01, 2010

Macam2 cerita

Ari nih nak wat entry banyak cerita.
Malas nak wat banyak2 tajuk...

Cerita 1 = 2 jam tersadai

Semalam masa balik koje elok jerk keter aku
turun dari Kerinchi Link masuk federal highway
tetiba enjin mati masa Pakwe nak masuk tepi.
Jenuh start2 x idup... ujan lak tuh.
Sudahnya aku jaga stereng Pakwe tolak kat belakang.
So tersadai ler kat ngan pintu gerbang Kota Ehsan tu..
huhuhuh.

Pakwe dah tipon kawannya... cuba godek2 xleh gak.
Pastu ada pomen yg lalu nak balik koje singgah
tolong buat pun xleh...
Pakwe dah suh kawannya merangkap
pomen dia jugak datang... tapi lambat coz
nak kena p beli spare partnya dulu.

Mentara tu Pakwe suh kawannya yang lain datang
bawak keter mintak tolong anto aku ngan anak2.
Kebetulan lak Pakwe bawak anak2 sekali...
Dia koje tapi dia balik umah jap amik Qina
balik sekolah.
Aku lak skang dah x drive dah...
Jadik 'mem' anto dan amik tiap2 ari.
Sib baik semalam Pakwe yang drive... kalo aku...
xtau nak kata ler....

Tunggu kawan Pakwe yang dr balainya sekangkang
kera tu punya la lama... ujan, jalan pun jem le.
Anak2 dah mula meragam...
Bayangkan ler... dari kol 5.15 x silap,
dekat kol 7 baru kawan Pakwe sampai.
Dorang nek van bomba huhuhu.
Pakwe kata bawak ler pajero... ada bunyik cepat sket hehehe.

Pakwe suh kawan dia anto aku dan anak2 balik dulu.
Ait plak bukan maunya nek kete ngan org lain selain ayahnya.
Sepanjang lam perjalanan menangis jerk.
Kol 7.30 baru sampai umah huhuhu.

Bila kawan Pakwe dah sampai ngan spare partnya
kejap jerk dia buat udah siap.
Pakwe x masuk koje dah.. terus balik sudahnya.

Pagi tadi lak tetiba tengah jalan enjin mati sekali lagi.
Aku dah saspen dah... sib baik leh start.
Saja le tu... keter nak bagi april fool huhuhu.

~~~~~~~~~~

Cerita 2 = Saiz 9 vol 2

Ari tu aku wat entry bos suh beli selipar...
Balik tu x sempat nak beli coz ujan..
Esoknya bila dia nak sembahyang dia pinjam selipar
pegawai lain kat sini.
Masa nak pinjam tu sempat lak dia dia buat ayat:

"Pin pinjam selipar... Sal x beli lagi selipar aku"

huhuhu.... aku terdengor... dan2 aku jawab

"Semalam x sempat nak beli En Wan... ujan,
nanti Sal beli"

Aduhai.... balik semalam plak x sempat gak nak beli
bila keter lak tetiba rosak huhuhuhu

Tengah ari tadi kuor makan, terus p beli.
Udah beli ada lak komennya juga...

"Sal beli selipar cantik sangat...
takut ilang kat mesjid nanti"

Alahai... memacam ler plak..
Aku x beli selipar jepun... aku beli selipar lain.
Beli kat kedai kecik2 kat ikano tadi.
kebetulan p makan ayam penyet kat sana
aku terus beli la....
Nak tunggu balik kang takut x sempat lagi.

Bila dah balik opis kantoi lak ngan bos.
Masa nak turun kete kat lobi saing plak turun kete
ngan bos... benti kat sebelah jerk huhuhu.
sempat geng2 bos "hah" sekali kat aku...
Bos lak sengih jerk... sengih makna apa xtau ler..
Jam udah dekat kol 3 lak tuh!
Udah le masa nak kuor tu bos ada kat pintu...
Aku men lalu jerk kuor dulu dr dia huhuhu.

~~~~~~~~~~

Cerita 3 = MyLook

Gara2 kemaruk nak search kat MyLook,
nak naikkan $$$ dia bila kita search,
sebabkan tengah cakap2 pasal selipar,
"selipar" lak yang jadi bahan tuk aku search hahahaha.
Kantoi lak bila ada geng yang nampak dan sound

"xkan selipar pun nak search jugak???

Hahahahah lawak tul ler....
Gelak besor terus aku.
Lantak ler... janji aku search heheheh

K la... tu jerk entry ari nih

with love,

Friday, March 05, 2010

Root Beer Float untuk DIMINUM bukan untuk MANDI

Ni citer lunch tengah ari semalam,
tapi semalam x sempat nak update
so dah nak masuk lunch ari ni baru aku update hehehe.


Sedap dan menarik kan ayo di atas???
Nak2 plak diminum diwaktu tengah ari yang panas nih!
Tapi diwaktu tengah ari yang panas semalam,
ayo di atas telah menjadi ayo mandian buat aku huhuhuhuu

Citernya...
Kengkonon lunch semalam nak dating ngan Pakwe.
So aku kuor p amik Pakwe kat balai dia dan
ajak p A&W kat Taman Jaya.
Bukan nak makan sangat... kenyang lagi..
cuma nakkan float dia yang menarik tu jerk.
Skang ni kemain berantu minum ayo cenggitu huhuhu.

Sampai A&W Pakwe kata makan lam keter jerk ler...
Lagipun kat dalam penuh... ramai org.
Memula aku xnak... tp dah Pakwe kata td nak dating,
dating lam keter le baru best xde saper kaco heheheh.
So order ler... siap order float besor punya dan xtra eskim huhuhu.

Sebabkan makan lam keter, ayo tu dorang buh lam paper cup.
Pastu terus tutup.
Bila dah sampai depan mata, x sabo ler nengoknya...
Cucuk2 jerk straw tetiba meleleh x benti2
Jenuh Pakwe sedut abis melimpah ruah huhuhu.
Yang tu jerk dah basah dah suar aku...

Pastu aku letak la kat atas dulang yg org tu lekat
kat cermin tingkap tu...
mentara tu dok lap2 la yg tumpah tu.
Sekali tetiba dia menggelongsor aku x sedor...
sedor2 puppppppp dah lenjun sebelah badan aku
bermandikan root beer float... waaaaaaaa!
Memang abis terus la lam cawan tu.... sampai eskim
dia pun jatuh bergelimpangan kat lam keter aku huhuhu.

Bayangkan ler.... ayo manis2 gitu tumpah kat badan...
memang basah sebasah2nya...
Sudahnya Pakwe kata, jom balik mandi huhuhu.
Order 1 lagi coz yang tu aku x sempat nak sedut pun...
Bila dah dapat cucuk straw melimpah ruah lagi.
Rasanya sebab terlalu penuh dan bertutup gamaknya.
Bila tetiba berlubang gas dia kuar tu yang dia cam
meletup tuh... nak2 ada eskim lak tuh.

Sudahnya, start enjin keter balik umah!
Sib baik dari Taman Jaya umah dekat jerk.
Mandi2 salin baju lain laaaaa...

Aduhai... sungguh tragis betul ler waktu
nak dating ngan Pakwe huhuhuhu.

with love,

Thursday, August 27, 2009

Part 7 - Pelamin anganku musnah

Ok, ni part akhir.
Saja nak selitkan kejadian yang berlaku sehari sebelum tuh.

Pelamin dipasang tengahari Khamis... kenduri Sabtu.
Jumaat tu kiranya hari memasak la...
Petang Jumaat tu ramai ler kaum2 ibu yang datang
tolong menolong kupas2 bawang dan sebagainya.
Kakak aku bentang tikar kat luor jerk.

Tengah kusyuk sumer orang bekerja, tetiba ujan...
Lebat giler ujan petang Jumaat tuh.
Siap ngan angin, kilat bagai.
Tempias... bergegas ler kaum2 ibu masuk dalam umah.
Harith lak masa tuh tido lam buai yang aku gantung kat luor.
Kelam kabut dok angkat bawak masuk huhuhu.

Pelamin lak pasangnya kat luor...
Ntah camner ada kebocoran plak.
Padahal sebelum tuh anak sedara aku dah tampal dah.
Tapi rupanya lagi teruk bocornya...
agaknya kesan dia panjat atas bumbung tu kot??

Bila dah bocor, ujan lak lebat, laju jerk ler air yang jatuh
kebawah menimpa pelamin.
Angin lagi.... sampai tumbang2 la tiang bunga kat
pelamin tuh, sampai pecah lampunya.
Kain2 kat pelamin pun berterbangan...

Kesimpulannya....
Hari tu, pelamin anganku telah musnah huhhuhu

Tu ler ropa pelaminnya bila dah kena angin ribut.
Petangnya bila ujan dah reda,
toke pelamin tu datang balik betulkan...
Kebetulan lak dia belum setup lagi meja makan pengantin.
Sib baik masa kenduri cuaca cantik jerk....

Ok, tu jerk citer tentang perkahwinan anak sedara aku.
Sekian...

With love,

Friday, August 21, 2009

Part 5 - Selingan - Ada pencuri!!!

Wang mas kahwin lesap Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

JITRA: Kemeriahan majlis perkahwinan sepasang pengantin di Kampung Lana Bulu, dekat sini bertukar kecoh apabila duit hantaran milik pengantin perempuan dalam beg tangannya lesap ketika majlis kenduri berlangsung, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu bapa dan sanak-saudara termasuk pasangan pengantin sibuk melayani tetamu manakala beg tangan itu dikesan hilang ketika pengantin perempuan mencarinya di dalam bilik pengantin di tingkat bawah rumah berkenaan.

Pengantin, Nurriyati Ismail, 23, berkata, ketika tiba di rumah suaminya kira-kira jam 1.30 tengah hari, dia menyuruh adiknya memegang beg tangan yang mengandungi hantaran kahwin RM1,000 itu sementara menunggu majlis makan beradab selesai.

“Selepas makan, saya mengambil beg tangan dari adik saya lalu menyoroknya di bawah beg pakaian bagi mengelakkan dikesan orang ramai.

“Saya terpaksa berhati-hati kerana saya pernah kehilangan telefon bimbit ketika majlis kenduri sebelah saya di Taiping, Perak pada 8 Ogos lalu dan kini kehilangan duit hantaran kahwin pula,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya, di sini, semalam.

Jururawat di sebuah hospital swasta di Cheras, Kuala Lumpur itu berkata, dia memaklumkan kepada suaminya, Mohamad Firdaus Ahmad, 26, sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Air Hitam, kira-kira jam 7 malam.

“Saya menghubungi pihak bank untuk memeriksa baki wang yang ada dan pegawai bank memberitahu kad juruwang automatik (ATM) saya disekat kerana ada pihak cuba mengeluarkan wang tetapi gagal.

“Saya mengesyaki perbuatan itu mungkin membabitkan wanita kerana tidak ada lelaki masuk ke dalam bilik pengantin pada waktu itu. Kesibukan melayan tetamu mungkin digunakan untuk mencuri beg tangan saya itu.

“Apa yang pelik, ketika kejadian, ramai tetamu berada di ruang tamu dan saudara lain berada di dapur tetapi tidak menyedari bila pencuri masuk ke bilik pengantin ketika saya dan suami keluar bersalaman dengan tetamu di luar rumah,” katanya.

Berikutan itu, dia kerugian RM3,500 termasuk duit hantaran, dua telefon bimbit serta barangan berharga lain dan segala dokumen pengenalan diri yang disimpan dalam beg berkenaan.

Mohamad Firdaus berkata, sebelum ini pernah berlaku dua kes kehilangan wang hantaran mas kahwin lesap di kawasan itu dan taktik sama seperti yang mereka alami kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes masih disiasat untuk mengesan suspek yang melakukan kejadian itu.

Beliau berkata, ini kes kedua membabitkan kehilangan wang hantaran kahwin dan kes pertama sebelum ini dilaporkan di Kepala Batas, di sini, bulan lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam rumah dan siasatan awal mendapati kedua-dua kes itu membabitkan suspek yang berlainan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Ni entry selingan yer kengkawan... Tapi walaupun selingan masih berkisar tentang majlis anak sedara aku tuh! Korang ada baca x kat Metro ari Senin 17/8/09 ari tuh... Ermm... ni aku nak citer...

Citer kat Metro tu lebih kurang cam citer anak sedara aku... Pada ari majlis kat Terengganu tuh, rupa2nya isteri anak sedara aku pun kehilangan duit. Isk... Dan yang disyaki ialah tukang amik gambo.....

Masa kejadian, anak sedara aku ngan isterinya masuk bilik jap pas bersanding... Dorang amik gambo lam bilik plak. Pastu anak sedara aku ngan isterinya pun kuor bilik tuk makan beradab. Masa dia kuor bilik tu tinggal tukang amik gambo ada 3 orang.... masa tu dia ingat dorang follow la dia dari belakang... rupanya dorang kuor bilik lambat. Masa tu gak anak sedara aku cam kelam kabut... so dia x perasan la... Bila dia tengah sibuk makan2 kat bawah yang panjang tangan tu plak sibuk kat lam bilik!

Anggaran 2 ribu lebih hengget gak ler yang ilang... dia amik ngan beg tangan sekali. Duit tu kebanyakannya yang anak sedara aku dapat bila salam2 tu... Sib baik duit mas kawin ribu riban tu anak sedara aku letak tempat lain huhuhuhu.

Tengah makan, baru tetiba anak sedara aku tingat... bila dia naik tengok dah xde! Isk.. x patut betul ler... Hari bersejarah nak sonok2 jadik plak gitu... Terpaksa la anak sedara aku buat balik segala kad2 yang dia ada...

Camner dorang leh syak org amik gambo tu erk???? Haaa... patutnya yang amik gambo sorang jerk... tapi ntah camner org tu bawak plak 2 lagi membernya yang baru dikenali... Dan bila 'ditengok' nampak ler org tu yg amik... tapi xleh nak report ler coz xde bukti. Beg tangan dibuang lam sungai.... Jahat tul!

Ermm... korang2 yang belum kawin tu hati2 la bila nak wat majlis nanti. Beg tangan simpan lam lemari pastu kunci. Jangan bior jerk lam bilik tuh. Bilik pengantin jadik tumpuan masa majlis. Bukan jerk tumpuan tetamu nak tengok pengantin... tumpuan yang tangan panjang pun ada... huhuhuuh

With love,

Tuesday, June 30, 2009

Update untuk hari ini

Salam selamat malam.

Lega rasanya.... baru nih dapat rehat dan ngadap laptop sambil belek blog apa yang patut. Ermmm... penat nih... sakit pinggang lak rasa. Baru pas melipat kain baju yang setimbun. Sib baik anak2 dah tido. Mata aku pun dah ngantuk ni... tapi gagah jugak nak update blog coz sok x kesempatan plak. Ari nih pilot bos awal2 dah booking nak guna pc aku pagi sok nak wat claim dia. Kalo pilot bos dah guna pc aku, jawabnya melangut jek ler aku... nak update blog pun x dapat. Tu yang gagah jugak malam nih.. hhuhuhu.

Yang benornya nak citer tentang ari nih. Ari nih aku tetiba amik EL. Ikutkan pagi tadi aku dah sampai opis dah. Dalam kol 8.45 pagi Pakwe tipon suh kuorkan keter dari parking. Dia nak amik keter, katanya nak tengok adiknya eksiden. Pastu tetiba Pakwe ajak ikut sekali... dah alang2 bos aku p outstation, aku pun ikut ler... ingat kejap jerk.

Ermmm... memula cadangnya nak terus ke Nilai, tempat adik ipor aku tuh eksiden. Dorang x anta p spital lagi... Pakwe bawak keter masa tuh, mak aiiii aku rasa nyawa aku kat ujung kaki jerk. Punya laju giler.... tu yang aku x suka ngan Pakwe tuh. Dia bukan leh keadaan camtu.... mula la dia nak cepat jerk sampai, bawak laju2. Jenuh aku suh bawak slow2.... aku dah gayat dah. Riso ler wehh.... yang dah dok tepi jalan tuh sah2 dah dok tepi jalan... yang kitorang nih???? Ada elok2 dok lam keter, nanti ntah kemana plak tercampaknya.

Tengah jalan dapat kol kata adik ipor aku dah anto p spital kat Serdang. Masa tuh kitorang dah cam terlajak sket. Pakwe pun otak dia masa tuh cam melayang jerk... ye ler... riso kat adik dia, laju giler bawak. Sudahnya ntah terlajak kemana2 sampai jauh pusing2nya. X silap aku dari opis aku sebelum kol 9 sampai spital Serdang dah kol 10.30 huhuhuhu. Sampai2 abang Pakwe dah ada tapi x masuk lagi.

Elok kitorang masuk dalam jerk, adik ipor aku baru pass wat xray. Ermm... patah kedua2 pergelangan tangan dia. Masa kat dalam spital Pakwe cam bz jerk kulu kilir uruskan adiknya. Aku x masuk pun tengok adik ipor aku tuh coz xleh masuk reramai. So aku pun melangut ler kat ruang menunggu tuh.

Tunggu punya tunggu sket punya lama sampai kol 2 petang baru kuor dari spital. Mak mertua aku pun dah sampai dari kampung. Adik ipor aku leh kuor dah coz dia cuma patah tangan jerk. Udah kol 2, sudahnya aku x masuk opis dah ler... amik EL terus senang citer.

Dari spital terus ke Putrajaya umah akak ipor aku. Adik ipor aku dok sana ngan kakaknya, so bawak balik Putrajaya ler... Sampai Putrajaya Pakwe tinggalkan aku kat umah kakaknya, dia ngan abang ipor dan adiknya nak p uruskan moto adik ipor aku plak. Pastu nak p wat report kat balai plak. LEtih menunggu lama, Pakwe suh aku balik umah dulu... tunggu dia lambat.

Kol 4.30 dari Putrajaya aku balik ke PJ. Sampai umah ngam2 kol 5. Ermm... anak2 dah menunggu dah. Dah sampai umah biasa ler... uruskan anak2 plak. Sib baik dorang tido cepat... leh la aku nyelesaikan apa2 kje yang patut. Pakwe selesai sumer sampai umah dah kol 9.30 malam.

Nih, aku dah rasa letih benor dah ni... nak tido. Rasanya entry nih pun ayat dia ntah apa2 coz aku taip sekali jalan jerk. Pastu xde nak baca2 edit2 balik dah. Mata dah kuyu sangat dah nih. Letih benor plak rasanya. Selamat malam!

Wednesday, May 27, 2009

Luka

Tengok kesan luka bergaris panjang kat lam bulatan tuh! Tu le kesan kat paler Harith. Paler dia tersembam kat lantai.... kat atas tikar buluh. Memang bisa betul tikar tu... masuk ni rasanya dah 3/4x kepala Harith berbekas camtu bila jatuh.

Ye la.. tikar tu keras... paler dia plak lembut. Bila kena sket jerk berbekas ler. Menangis sampai sedu sedan tadi. Cecepat aku sapu minyak gamat. Sian anak mama huhhuhu

Sunday, April 26, 2009

Jatuh Katil

Gambo kejadian xde... yang ada cuma lokasi kejadian hehehehe. Malam kemarin, Harith jatuh katil buat ke-2 kalinya huhuhuhu. Ari tu ngan Pakwe... kali nih ngan aku plak.

Malam tuh aku sakit paler... Pakwe plak koje. Masa tidor tu aku rasa cam lena plak coz Harith x lesak plak. Selalu kalo tidor dia suka bangun2 pastu baringkan badan dia kat ateh badan aku. Tapi ari tuh aku rasa cam xde gangguan plak tido aku. So aku pun tido ler ngan lenanya....

Sedor2 tetiba dengor bunyi Harith berbunyi... erkkkkk!!! Spontan aku sedor tengok sebelah dia xde... jenguk kat bawah tepi katil, dia dah terterap kat situ huhuhuhu. Alahai.... sian anak aku!

Saturday, April 18, 2009

Nak sihat dapat sakit

Hajat di ati nak bersenam tuk menyihatkan badan... tapi lain plak yg jadik!

Pepagi bawak anak2 p Taman Jaya... main kat taman permainan. Harith pun dah pandai jalan... so ok ler. Qina main beskal. Aku plak kengkonon nak kuorkan peluh.... p la main badminton ngan anak sedara. Ntah apa2... kasut pun pakai selipar jerk. Bukan main beria2 sangat pun. Takat pukul2 gitu2 jerk.

Memula main ok... sekali bila nak main ngan Pakwe plak, baru sekali pukul ntah mana silapnya aku terpeleot. Aduhhhhhhhhhh sakit pinggang aku. Xleh bangun tu... huhuhuhu

Tu la... udah lama x bersukan.. baru nak bersukan sakit plak. Sampai skang ni pinggang aku masih sakit. Sihat x, sakit yang dapat! Uwaaaaaaaaaa.. sakit weehhhhhhh!

Monday, April 13, 2009

Terbalik!

Petang semalam balik dari tournament Bowling 3 Penjuru ngan group SIM, KELAKAR & MELAYU TADE kat Alamanda Putrajaya (entry penuh kendian coz gambo x lengkap lagi), masa dah nak sampai umah nak u-turn tu nampak ada eksiden.

Sebijik keter... xde keter lain lagi. Terbabas sendiri coz semalam kan ujan lebat... Laju gamaknya. Terbabas sampai langgar bus stop dan terpelanting kat tepi jalan komuter. Giler.... nyaris2 jerk. Bus stop sikit punya tegap tu... (besi) boleh kemek teruk tu penangan di langgar dek keter tuh. Pagi tadi p koje x sempat nak snap gambo bus stop tu coz keadaan x mengizinkan. Dan lagi giler bila keter tu terpelanting betul2 kat tepi jalan komuter. Bayangkannnnnn kalo dia jatuh betul2 atas jalan komuter... huhuhuhu xleh bayangkan weh!!! Udah ler jalan komuter tu betul2 belakang bus stop dan xde pagar plak tu yg memisahkan. Kalo ada pagar pun rasanya xde makna gak coz sedangkan besi (bus stop) tu pun leh kemek dirempuh ni kan plak takat dawai huhuhuuh.

Dan giler gak andai kata kat bus stop tu ada orang yang tengah menunggu bas huhuhuhu.... Camner ler gamaknya. Mau bertempiaran larinya tuh. Basah pun basah ler janji selamat dari rempuhan keter.

Kejadian tu baru jerk berlaku masa aku lalu coz polis pun x sampai lagi masa tuh. Pemandu keter tu pun masih ada lam keter tu. Keter tu terbalik... pemandu tu tersepit. Kakinya terkuor dari tingkap kete yg pecah. Hidup lagi coz aku sempat tengok kaki dia bergerak2 masa tu. Eiiii... ngeri.

Sebab org tu tersepit Pakwe pun calling2 balai bomba dia bgtau ada eksiden. Ye la... nak suh kuorkan mangsa.

Thursday, April 02, 2009

Gilos!!

Ada 3 benda gilos nak bagitau nih.

1 benda gilos................. aku tegar lagi ari nih. Masuk ni yang ke 3 entry aku tuk ari ni.... hahahahaha. Entry ni plak nak citer tentang 2 benda gilos yang berlaku ari ni.... huhuhuhu. Sepatutnya sebelum entry ni td ada 1 lagi entry yang udah menunggu.... tapi x sempat nak wat coz pilot bos guna pc aku. So bila udah petang aku wat pilihan nak update citer gilos ni jerk ler... muahahaha. Citer yang udah menunggu tu aku wat esok ler.

Tengah ari tadi aku ngan member tegar bowling aku si Jue p wat balingan kat Pin Junction. Memang itu tempat kebiasaan kitorang. Sampai cashier tu udah kenal sangat dah. Ari ni berdua jerk... yang sorang lagi tu bz pasal tengah ari kat opis ada majlis ceramah. Dia kena sediakan makanan. Aku??? Errr... aku pilih nak p baling hahahahaha... jahat kan??? Dapat ayat bisa dari Makwe Hanim tu tadi... "sesekali dengor ler ceramah..." ushhhhhhhhhh biso bonar tuh huhuhuhu.

Yang gilosnya... ari ni kitorang main 8 game. Gilos... udah lama x main banyak2 game nih. Tapi tadi sebab rasa x puas tambah lagi... Selalu tambah 1 game jerk. Tadi tambah 4 lagi. Memula 4 game pertama main cross... cam x best plak lambat sangat. Tu yang tambah 4 lagi main 1 lane sorang sendiri2. Jam udah kol 2 masih menghayun bola lagi. Memang gilos!!

Gilos yang ke2 plak masa nak balik opis semula. Ntah camner sampai kat TTDI, ada sebijik keter yang nyaris2 buat aku eksiden. Aku cadang nak potong tapi tetiba plak dia bleh p himpit sebelah aku. Aku hon dia wat x tau jerk... masih menghimpit. Sampai berpusing2 keter aku dok ngelak keter tuh. Jongos.

Sib baik ler aku leh masuk dalam kategori pemandu yang cekap.... so aku masih dapat mengawal keadaan, walaupun keter aku udah terhoyong hayang ketepi. Nasib baik gak xde keter lain kat belakang.

Aku hon banyak kali keter tu sadin jerk terus meluncur ke depan. Udah jauh ke depan baru aku dapat kejor balik nak tengok gerangan pemandu yang x berhemah tu. Huh... pompuan... tu ler bila pompuan bawak keter. Yang aku geram tu dia leh wat xtau jerk. Jongos kat pompuan tuh. Nasib baik aku selamat sampai semula ke opis pada jam 2.30 petang. Bos udah ada kat tempat hahahahaha hampeh!

Friday, March 13, 2009

Cerita Semalam

Cerita 1

Nyaris2 x eksiden kat Taman Tun. Cam biasa waktu tengah ari kuor p baling. Nak balik tu sampai Taman Tun tetiba ada kete dari lane tepi kiri terus potong lane tengah nak masuk lane kanan tanpa apa2 isyarat. Udah dekatttttttttttt... tengah laju plak tu... berek ngejut ler.... Kebetulan plak aku tengah pegang bekas ayo nak minum... udah bukak, sudahnya badan member kat bangku depan yang minum ayo aku... huhuhuhu

Cerita 2

Malam tadi... lam kol 12.30 tengah malam, mata baru jerk nak lena tetiba terkejut ngan bunyik enpon. Ntah mamat mana nak mengorat malam2 buta ntah ler... bila tanya nama, xkan x kenal katanya... bila tanya nak cakap ngan saper, ngan awak ler... katanya lagi. Jongos. Nampak sangat dia tipon main redah jerk. Kalo sore pompuan untung2 leh ayat.

Maleh nak layan terus letak tipon. Baru nak sambung tido dia bunyik lagik. No yang sama... 09, kat mana erk??? hehehehe. Dia kata naper terus letak tipon??? Aku kata nak cakap ngan saper?? Ngan awak ler jawabnya. Salah no ler... aku jawab lagi. Nada udah nak keras tapi cover lagi. Pakwe udah ler ada sebelah... huhuhu. Dia bleh plak kata kalo salah no camner saya bleh dapat no awak??? Memang jongos ler tuh. Mana la aku tau mana dia dapat??? Sudahnya aku cakap ngan dia, sori, awak salah no, terus aku letak.

Yang jongosnya, sekali lagi dia bleh tipon. Sudahnya Pakwe yang angkat huhuhu. Sore Pakwe plak terus jer cam garang. Terus plak otomatik mamat tu kata salah no. Bengos. Baru dia tau... oooo dah kawin ropanya.. hahahahah

p/s: tapi yang benornya aku riso gak. kot2 ntah saper2... pakwe lama ker.. hahahaha kot2 pakwe salah paham lak nanti.

Friday, March 06, 2009

Isk..isk..isk...!

Semalam pas balik koje singgah pasar malam jap nak beli barang dapur.

Balik dari pasar malam, nampak ler sebijik motor laki bini yang bawak anak kecik yang rasanya baby tu baru baper bulan ntah ler...

Meh tengok gambonya....

Siannnnnnn tengok baby tuh! Ada ke patut maknya pegang dia ateh motor cenggitu??? Jalan tu dah le sempit.... kalo bertembung ngan keter agak rapat jugak ler.... Isk..isk..isk... andaikata ler ada motor himpit tergesel ker... camner ler gamaknya??? Aku yang tengok rasa ngeri. Xtau ler plak kalo korang kan??? Rasanya x sesuai ler pegang baby besor tu ateh motor cenggitu.

Ermm.... ni ler keluarga yang x perihatin. Kejadian2 yang x diingini selalu jadik tu sebab keluarga yang cenggini ler... atas kecuaian sendiri... menda yang nampak remeh, tapi yang benornya amat bahaya.

Pinjam jap ayat Nabil... LU PIKIR LA SENDIRI!

Thursday, March 13, 2008

Macam2...

Salam...

Nak sapu sawang @ update nih. Ntah2 ni update terakhir sebelum bersawang lama... (cuti bersalin 2 bulan). Entry yang lepas aku citer pasal kemeh mengemeh nak pindah randah nih. Ermmm ari nih aku nak sambung entry yang berkaitan pindah randah yang buat aku nyaris2 jerk x terbersalin... huhuhuuhu

Minggu lepas aku start operasi aku dok pack2 barang. X silap ari Selasa rasanya aku mulakan koje pack mengepack nih. Siap 1 kotak aku dok rehat 1 jam... akhirnya dapat ler siap dlm 4@5 kotak dalam 1 ari tuh. Tu pun kotak2 yang dokumen dalamnya aku nak antor ke gudang.. pendek kata ngan kata lainnya kiranya pakat buang ler... xde tempat nak simpan dah kat tempat baru... antor jerk gudang....huhuhuhu

Esoknya plak ari Rabu tu aku dok pack fail2 aku plak... siap ler dalam 4@5 kotak gak. Pastu Khamisnya aku dok lepak jerk. Xde plak aku dok kemeh apa2 lagi... kasi rehat sket badan aku. Mana leh lasak2 sangat. Ermm... sampai ler besoknya lagi... ari Jumaat tu plak... aku cuma dok kemeh sikit2 jerk lam bilik bos aku.. bukan kemeh apapun... kemeh barang hiasan dia yang kecik2 tu jerk. Masukkan lam kotak sambil duduk2 jerk. Kiranya xde ler cam berat sangat koje tuh.

Lepas mengemeh rasa cam nak p bilik ayor ler plak... Masuk bilik ayor... terkojut den... berdarah ler plak... huhuhuhu. Terencat terus ajat di ati... Tipon pakwe ajak p spital. Mentara tunggu pakwe sampai sempat gak ler takat kemeh barang aku kat meja sikit2. Mana yang patut aku sorok dan kunci aku sorok dan kunci ler... xleh bior sumer atas meja kalo aku cuti lelama. Takut masuk koje sok tinggal meja jerk.

Dokto tanya aku watpe sampai jadik gitu? Aku kabo ler yg aku dok bz lam minggu tuh dok pack2 barang sebab nak pindah. Marah le en dokto dengor aku kata cenggitu... ngan bos aku dia marah sekali... dah tau aku gini suh wat koje pindah randah lagi watpe.. katanya.. pendek kata sumer org yg tau marah ler... Sampai kakak aku pun cakap bos aku tuh bengong. Adei... katanya kalo bos aku ada depan mata dia, dia nak sekeh jerk paler bos aku tuh. Sabo jerk ler... muahahaha

Ikutkan due dia lagi 3 minggu... tapi sebab aku wat koje2 tuh.. banyak lak gerak2 bangun duduk tunduk bagai tuh sampai bleeding ler jadiknya. Bila dokto scan katanya dah terbukak sket tapi bb leh tunggu lagi... warning jerk tuh! Suh aku dok wad xpun kalo dok umah jangan bergerak langsung. Jalan hanya tuk p bilik ayo jerk. Aku setuju.. balik umah ler... dok wad maleh... buhsang gilos nanti... pakwe lak koje xleh nak cuti sebab cuti dibekukan.

So dokto bagi aku MC sampai ari Rabu semalam. Tapi... kalo dah dok umah tu... kalo korang ler... bleh ke dok diam jerk? Nak2 plak kalo tgk umah cam tongkang pecah??? Ntah ler... tetiba jerk aku rasa cam rimas bijik mata aku nengoknya. Betul2 aku berjalan hanya p bilik ayo jerk ari Jumaat tu jerk. Nak minum pun suh pakwe yang amikkan ayo antor lam bilik. Tapi esoknya pakwe koje pagi... aku lak rasa cam ok jerk.... so langgarlah amaran en dokto itu... aku leh siap nyapu sampah lagi... huhuhuuhu.... Sib baik xde apa2... kiranya degil jugak aku nih.

Ahad tu plak pagi pakwe ada sebab dia koje belah malam... so siap kuor lagi ngan pakwe p carik barang sket. Adei.... memang dogil!!! Tapi x p jejauh la... p dekat2 jerk... carik barang sket tuk aku bawak p spital nanti. Dan mujur jugakler xde apa2.... Alhamdulillah...

Pastu ari2 berikutnya aku masih lagi MC.... sampai ler semalam Rabu aku p check up sekali lagi. Masa duduk borak2 ngan dokto tuh dia kata mungkin lewat beberapa ari kot? Tapi bila dia scan... alamak... kemungkinan plak aku nih tengah menghitung ari yg tiggal beberapa ari jerk lagi. Paler bb dah 'masuk jalan' dia dah. Dokto kata silap2 gaya kalo bb x berubah kedudukan x sempat aku p follow up minggu depan. Mau aku bersalin dlm beberapa ari jerk lagi nih. Ermm... takut plak aku rasa. Bukan apa... masa Qina dulu aku x rasa sakit2 kat umah baru p spital... Tarikh due dia aku p spital pagi tuh sihat walafiat jerk. Dokto yang pecahkan ayo ketuban... sebab aku nak xnak kena bersalin pada tarikhnya. Tapi yang ni plak lain... takut plak aku sakit2 masa kat opis nanti... tapi kalo kira perjalanan dari opis ke spital lebih dekat dari umah ke spital. Cumanya takut masa sakit tuh pakwe plak tengah dok padam api... x jawab tipon... haaa... kan naya!

Tapi aku dah suh dia cakap ngan pegawai dia mulai skang mintak dok opis jerk. Standby kat opis tuk isteri dia... bukan lagi standby tuk operasi padam memadam nih muahahah. Satu lagi... tadi p bilik ayor... kuor plak lendir kaler coklat2 nih. Apa tanda erk??? Borak ngan kak ila katanya kalo dia dulu dah nak bersalin. Huhuhuhu.. takut plak aku. Kalo sempat lagi nanti ada lagi ler entry baru.. kalo x lepas 2 bulan nanti baru kuor entry baru. So, aku stop sampai sini dulu ler.. perut pun senak semacam jerk nih. Kang takut xdan nak post plak entry nih.

Apapun, aku mintak ampun dan maap kat korang sumer kalo ada salah dan silap. Maklum.... nak bersalin nih tau2 jerk ler... Panjang umur Insyaallah kita jumpa lagi nanti.. Salam buat sumer... Muaaahhh!!!

Friday, March 02, 2007

Kebakaran & No. Talipon

Salam Jumaat wat sumer.... Ermm... baru semalam aku baca kat blog Kaklong pasai kebakaran. Tup2 ari nih aku plak nak citer pasai kebakaran.


Malam tadi aku tido kol 12 lebih... maklumler... malam Jumaat... muahahaha. Rasanya aku cam baru benor tido tetiba aku dengor bunyik bising sangat. Bunyik jentera bomba. Kuat tul ler... lama plak tuh. Memula aku ingat aku mimpi, tapi bila aku dengor kuat sangat dan dekat sangat pehtu lama lak tuh aku pun tersedor ler... Bila aku celik jer mata aku tengok pakwe dah berdiri kat tingkap tengok kat luor.... aku pun bangun jenguk jugak ler... 


Masya Allah... ramainya orang kat bawah. Ropa2nya bengkel kete sebelah blok umah aku terbakar. Sib baik x merebak kat umah kitorang coz dipisahkan ngan jalan. Dari dalam umah aku x nampak bangunan yang terbakar tu sebab terlindung... tapi kalo kuor umah jenguk kat koridor tepi sana tuh nampak ler. Pakwe lak memula kuor tengok kat koridor jer pehtu siap salin suor p turun tengok dekat2 lak. Pakwe abis koje malam tu kol 8 malam... kalo dia masuk koje kol 8 malam tentu dia pun ada kat situ tolong padamkan api. 


Rasanya kebakaran tu dalam kol 1 pagi lebih tapi waktu tepat dia xtau la kol baper. Cumanya masa aku tersedor tuh kol 1.30 pagi. Dalam kol 2 pagi rasanya dah abis padam dah sebab dah x dengor bunyik ayor tuh. Kalo x kuat tul bunyi ayo yang dorang pancut tuh. Nak2 plak bangunan tuh banyak kayu ngan papan.... Kol 2.15 pagi kot aku pun tido... maleh nak tunggu lelama.. pakwe x balik lagi masa tuh.


Pagi tadi aku p koje pakwe antor naik motor. Baru ler aku dapat tengok camner ropanya tempat yang terbakor malam tadi tuh. Habis sumer bangunan... x silap 2 atau 3 bijik bengkel yang kena. Rentung x tinggal apa dah. Kereta yang tersadai pun abis... lori pun abis.... pendek kata sumer abis la...


Tutup citer pasai kebakaran aku nak citer plak pasai pagi tadi kat opis aku nih. Aku sampai opis lambat sket lam kol 8.30... ingatkan sampai2 nak p bekpes cam biasa tapi xdan nak turun boss plak dah masuk. Ari nih dia ada mtg jadik kena awal. Ingatkan aku bleh la turun bekpes tapi xleh plak sebab dia masuk2 jerk dah panggil aku. Ntah naper pagi tadi banyak plak urusan dia nak aku kena setelkan. Kiranya memang bz gilos la aku pagi tadi...


Apa yang aku nak citer nih masa aku tengah dok bz wat tempahan online tuk anak boss aku kat AirAsia, ada plak panggilan masuk. Sebelum2 tuh memang tipon aku asyik bunyik jerk. Bila aku jawab, orang tuh tah saper nama dia x ingat aku... dok tanya aku macam2. Yang aku geram tuh, perkara yg dia dok sebok tanya aku dekat setengah jam tuh pasai no tipon. Bengkek tul ati aku. Memula aku layan gak.. tapi bila meleret2 dia pehtu dia nak tanya aku lebih2 pehtu dia dok pertikaikan pasai no tipon kat aku mula la aku bengang. 


Pasainya... ada ker dia dok marah kat aku naper no tipon yang dia dapat x sama.... pehtu naper 1 orang leh ada sampai 2 @ 3 no tipon. 1 je udah ler dia kata. Bengos tul ler... ikut suka la nak no banyak mana pun. Kalo yang 1 x dapat leh kontek yang lain. Pasainya dia tanya D/L aku.. aku bagi la.. pehtu dia kata yg dia dapat no lain. Tapi no tuh leh guna gak. Bila aku kata leh guna dia pertikai2kan plak. Bila aku dah geram, aku siap kata kat dia... "No apapun yang encik ada tuh, sumer leh pakai.... ada no D/L, ada no G/L dan ada no DID...." Dia kata balik kat aku... "Kenapa wat banyak2 no???" Bengos.. gilos... Aku jawab balik.... (dah nak marah dah) " En, kalo encik nak pertikaikan pasai no tipon tuh saya mintak maap. En nak cakap ngan boss saya ker? (Dia kata xnak.. lagi ler aku bengkek. Dah tu yang dia tipon tu nak wat apa?) Pasai no tipon nih bukan bidang tugas saya en...." Dia leh kata balik... "Nanti cakap kat bhgn yang berkenaan gunakan 1 nombor saja!" Huh! nyampah aku. 


Pasai tu jerk dia dok ganggu aku sampai 1/2 jam. Bila aku tanya tujuan dia tipon, dia kata xpe... nanti dia tipon balik. Maknanya... dari tadi dia cuma dok kecoh pasai no tipon opis aku ni jer. Nak2 plak bila dia dapat no lain2 tuk pegawai yang lain2. Memang ler.... kampeni besor xkan nak pakai 1 tipon jerk?? Mangkuk! Marah dah nie..... Sebab dok marah2 kat org tuh sampai aku lupa yang boss aku suh p kedai beli rokok dia. Memang aku turun p kedai... tapi aku beli ayo tuk aku jerk. Dah naik bila aku tengok jam, nak tengok boss dah p mtg ke blom baru aku tingat. Pehtu bertembung lak ngan dia kat pintu depan. Sib baik dia x tanya sebab dia pun dah lambat. Fuh... lega... Sudahnya turun lagi sekali aku.... ermmm..... ni yang buat ari nih aku jadik tensen nih. Dah ler x bekpes lagi... turun2 dah xde apa2 dah.. makan tengah ari je la terus.... 


Belum abis geram ngan orang tadi tuh timbul 1 lak lagi benda yang buat aku geram. Pendek kata ari nih memang mood aku dah x baik arr... Orang HR dah sebok tipon aku banyak kali tanya pasai SPEKTRA. Boss aku lak lembab sangat bab2 nih. Suka tangguh2. Bila org tanya balik kali nanti dia kata naper nak kecoh2. Xtau menatang tu la nak bg bonus kat staff. Dah tu plak yg bengos sangat bila dah antar SPEKTRA tuh nak suh review2 balik nak wat apa? Dah bagi tuh amik jer ler markah yang dah ada.. nak wat apa suh tengok2 balik. Kalo camtu baik xyah buat SPEKTRA. Dah bagi markah suh tengok2 balik plak. Dah tu akak tu plak dah ingat aku wat xtau jer pasai menda nih. Xtau boss aku tuh.. maleh aku nak tanya banyak2 kali kalo jawapan dia xleh mengubah apa2 pun!!!! MENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII! Bengos!

Tuesday, September 05, 2006

Update!

1. Merdeka 
31 Ogos 2006... merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!! Ari tuh sumer orang cuti.. termasuk ler aku. Tapi pakwe aku x cuti ler plak... dia koje malam ari tuh! Apapun siang tuh dia tetap ada kat umah dan kitorang x p memana pun. Ari merdeka tuh seharian aku dok umah mengemeh umah aku yang berhabuk. Letihnya.... sampai ke petang baru siap sumer, termasuk ler kemeh beg baju... 

2. Sepatutnya... 
Jumaat aku cuti. Sepatutnya pagi Jumaat tuh aku turut serta dalam rombongan dorang ke Kelantan tuk fiesta. Tapi nak wat camner... p Kelantan nih pakwe x bagi ler plak... Dia kata jauh la... apa la... dia suh aku rehat minggu tuh. Lagipun dalam bulan Ogos nih sepanjang minggu aku asyik jalan jerk! Sebagai isteri mithali, aku dengor ler kata suami.... muahahah.  

3. Balik Kampung! 
Balik kampung.... hohoho balik kampung!!! Yuuhuuuu... Jumaat aku balik kampung. Kali nih balik kampung aku plak kat Perak. Tapi bukan balik umah mak aku... balik umah akak aku kat Langkap dulu. Pagi kol 9.00 kitorang dah gerak dah tapi ikut Klang sebab pakwe ada hal sket kat Klang. Sib baik perjalanan ari tuh lancar. Laju jerk! Sampai umah akak aku kat Langkap kalo x silap kol 12 tengah ari lebih kurang. Kat umah akak aku xde xtvt menarik yang nak aku citer. 

Cuma pagi Sabtu tuh saja pakwe menggatal ngajak mancing ikan puyu. Nak ubuh lam akuarium dia katanya. P la aku, pakwe ngan Najwa (anak sedara aku) ke umah mak mertua akak aku tuk carik pancing ngan terus mancing kat sana. Penat jerk! X dapat sekor pun ikan. Guna pun umpan tepung bancuh ngan belacan jerk! muahaha. Dah ler masa p kat bendang tuh tetiba ujan lebat! Bergegas kitorang balik sebab masa p bendang naik motor jerk! Sampai umah mak mertua akak aku basah kuyup ler kitorang... huhuhu. 

Ari Ahad plak pagi tuh lam kol 9.30 pagi baru balik kampung aku kat Parit umah mak aku. Kat umah mak aku pun kejap jerk. Balik cuma jenguk umah dan kemeh umah sesikit pehtu petang dah gerak tuk balik umah akak aku semula. X tido sana pun sebab susah... nanti nak kena beli itu ini pehtu dah nak kena tinggaikan umah balik sebab emak aku dok ngan aku skang nih! 

Masa nak balik umah akak aku tuh sempat gak ler aku nyinggah kat umah mak sedara aku.... tu pun sebab nak antor kunci umah sebab adik mak aku yang ari2 jenguk umah kat kampung tuh. Tentolong jenguk sebab kampung aku manusia dia xleh pakai. Ada jerk yang ilang nanti. Balik yang dulu suis lampu ngan lampu panjang kat luor yang ilang... kali nih plak getah paip kat luor plak ilang! Ikutkan ati... geram jerk tengok bebudak yg mencuri tuh! X lain x bukan, bukan org lain pun... org kampung jugak sebab aku masak sangat suasana kat kampung aku tuh. 

Dalam perjalan nak balik semula umah akak aku tuh sempat gak kitorang singgah kat spital Changkat Melintang tuk melawat jiran sebelah umah mak aku. Suami dia sakit... alang2 dah lalu tuh singgah ler. Baik dari spital dan sampai umah akak aku dah kol 9.00 malam. 

Ari senin plak petang lepas maghrib baru kitorang bertolak tuk balik ke Petaling Jaya. Ujan! Kat umah akak aku sepanjang jalan dah masuk highway pun ujan lagi. Xtau kat mana x ujan sebab ngantuk... tertido aku. Lagipun Qina dah lama tido kat car seat dia. Sampai umah ngam2 kol 10.00 malam. 

4. Abang aku dirompak!! 
Sabtu malam Ahad tuh masa aku kat umah akak aku, tetiba abang aku yang aku panggil Yang tipon... kol 2.00 pagi. Dia mintak no tipon akak aku sorang lagi yang dok kat Setapak. Dia bgtau aku abang aku yang sorang lagi, ateh aku yang aku panggil abang, kena rompak! Ya Allah... sib baik abang aku x apa2. 

Abang aku tuh koje dia bawak teksi. Malam tuh dia amik orang kat Pertama... 2 orang lelaki melayu yg umur lebih kurang baya2 dia la... Abang aku tuh muda lagi... baru 30. Sampai kat Jalan Gombak tempat sunyi, dorang suh abang aku benti.... abang akupun benti la... pehtu yang dok kat belakang (sorang dok depan, sorang dok belakang) acu pisau kat leher dia. Abang aku tepis! Abang aku nih masa dedulu kat kampung penah belajar silat dan aku selalu jadik mangsa silat dia masa bebudak dulu! huhuhu. 

Pehtu yang dok depan plak acu pisau kat perut dia... eeeiiii... takutnya aku! Abang aku dah xleh nak wat apa2 dah. Dia pun kata.. "ok..ok.. aku kalah! korang amik ler apa yg korang nak!" lebih kurang gitu la... abis sumer dorang amik. Duit 100 inggit, enpon, jam tangan, dan paling x best, ngan teksi2 dorang kebas! apapun, alhamdulillah.. syukur abang aku dorang x apa2kan. Mungkin abang aku x melawan kot! Maklumler... dia dah banyak pengalaman camnih! 

Lepeh tu terpaksa la abang aku berjalan kaki p balai polis kat Setapak. Sib baik plak dia mintak simcard dorang bagi... sabo jerk ler! Kebetulan nak p balai polis tuh dia nampak ada umah bujang.. dia pun x kenal saper. Tumpang nak pinjam tipon. Pehtu orang2 bujang tuh yang ngantor dia p balai. 

Abang aku nih dulu penah gak kena rompak. Dulu lagi teruk. Masa tu dia tolong abang ipar aku yang kat Setapak tu berniaga kat Medan Mara. Masa tu plak dia dok umah abang aku yang sorang lagi kat Bangi. Bayangkan tiap2 malam abis niaga dah kol 12-1 pagi... bawak motor sensorang balik Bangi dari Kolumpo. Pehtu plak bawak duit ribu2 inggit sebab kengkadang kalo abang ipar aku x p kedai duit abang aku bawak balik dulu. 

Satu ari dekat nak raya cina... kat tengah highway tetiba dia kena tahan ngan 2 bijik keter. Keter tuh datang terus adang depan motor dia. Terpaksa ler dia benti. Ada silat pun dah x guna... 4 orang yang kepung dia... india! Rasanya dorang dah perati dia ari2 sebab ari2 abang aku lalu jalan tuh dah pagi... jalan pun lengang! 

Abang aku memula lawan gak. Tapi dah ler penat koje, dah tu nak lawan ngan 4 orang! Dorang bawak kayu plak tuh. Kalah jugak ler abang aku. Sampai pengsan dia dorang kojekan. Pehtu dorang kebas sumer barang2 dia pehtu dorang campak dia kat workshop cina. Sib baik la esoknya cina workshop tu p bengkel dia... tengok2 abang aku dah terbaring kat situ berlumuran ngan minyak itam. Orang cina tu la yang antor dia p spital. 

Dah seharian kat spital baru dia sedor! Bayangkan betapa teruknya dia. Masa tu aku rasa nak menangis jerk bila ingatkan abang aku. Baru ler aku tau reropanya betapa sayangnya aku kat abang aku tuh walaupun masa kekecik dulu aku selalu jadi mangsa belasah dia. Selalu gaduh2 ngan dia.... sampai aku penah kata... p mampus la.... Itu ayat masa tengah sakit ati sangat!!! Tapi bila dia dah jadik camtu reropanya aku x sanggup kehilangan abang aku... Aku sayang sangat kat dia... abangkan! saper x sayang. Gaduh2 tu biasa arrr. Skang ni pun aku selalu gak gaduh ngan abang aku sebab dia paneh baran sket orang dia. Sama la ngan aku yg kurang sifat2 penyabor nih. Bila cakap jerk ngan dia mesti nak gaduh! Apapun, aku tetap xnak sesuatu yang buruk berlaku kat abang aku atau kat keluarga aku.... 

5. Ari Nih 
Ari nih aku sampai jerk opis terkejut sebab tetiba kawasan jajahan aku dah berubah. Tetiba kat tempat aku telah masuk 2 orang staf baru... lelain maleh nak hurai! Pagi tadi aku bz sket. Maklumler.... cuti lama. Tapi skang aku dah x bz lagi sebab boss xde.. dah p outstation sampai lusa. huhuhuhu.. best!!

Saturday, April 15, 2006

Kisah Di Pasar Malam

Petang semalam balik je dari keja aku ngan pakwe terus p pasar malam kat Taman Dato' Harun. Nasib baik ari x ujan lagi masa tu... baru gerimis jerk. Kat opis masa pakwe sampai tu dah start ujan sikit2 dah... pakwe datang amik naik motor lak tuh! Ahhhh... redah gak lerrr.... Nak tunggu nanti takut lagi lambat plak. 

Sampai kat kawasan umah aku ujan x turun lagik tapi mendung hitam menyelubungi.... tapi aku tetap nak ajak pakwe p jugak sebab nak tuko baju ngan suor... Kat pasar malam abis satu kawasan kitorang pusing. Punyalah luas pasar malam tuh. Ya Allah... penatnyer aku berjalan. Ngan rasa2 sakit perut ler.... sumer tuh gara2 nak tuko baju ler! Yang aku frust tuh! dah pueh aku jenjalan kat sumer kedai, kedai baju tuh xde ler plak semalammmm... Akak tu bukak kedai xde tapak, ikut dan mana jerk! Semalam agaknya xde tapak kot? 

Baju ngan suor tuh aku beli minggu lepas... nak tuko la konon sebab x muat arrrr! Kengkonon nak pakai baju natasha.... beli2 bawak balik umah sempit! Ampeh tul ler.... pakwe leh kata tu ler, saper suh gemuk lagi badan tuh! Sadis rasa ati ini..huhuhuhu. 

Berbalik pada kisah yang aku nak citer tu... sesambil jalan nak carik kedai akak baju natasha tuh, sesambil toleh2 ler kedai2 yang lain. Sampai 1 kedai cd.... orang yang jual cd tu suami isteri. Yang aku sedih tuh, siap bawak anak lagik. Anak tuh plak kecik beno.... ada la dalam 5-7 bulan gamaknya. Kesiannyerrr aku tengok. Dia bubuh anaknya kat dalam walker letak kat belakang dorang jerk kat tepi van. Bayangkan.... kedai cd, tentu kedai tu suasana dia bisingkan? Bunyi radio yang amat kuat campur lagi ngan bunyi enjin generator.... isk..isk..isk... Aku sian sangat tengok budak tuh! Tetiba rasa cam sayu jerk! Teringat kat Qina kat umah. Emak ayah dia x pk ker kat anak tuh. Kalo aku ler... baik dok umah jerk jaga anak xpun tinggal kan jerk kat sesaper…. Kesiannnnn… budak yang kecik tuh dibiarkan kat persekitaran yg x baper sesuai… Bukan lagi x baper sesuai tp aku rasa memang x sesuai. Boleh rosak gegendang telinga dia kalo ari2 dok dengar bunyi bising tuh! Bukan sikit2 punya bising tp bising yang amat. Aku yang dah nak masuk kategori tua ni pun dok kat kedai cd tu leh bingit telinga ni kan plak baby umur x sampai setaun tuh! Bayangkanlah!!! 

Minggu lepas masa aku p pasar malam tapi tempat yang lain (kat kawasan umah aku banyak pasar malam… leh dikatakan ari2 ada pasar malam) aku memang singgah kat kedai cd tu. Aku beli la cd cetak rompak tu dalam 2 keping. RM10.00.. dulu 3 keping seploh inggit. Masa ari tu la aku terperasan akan baby tuh! Itupun pakwe aku yang tunjuk. Bila aku pandang jerk terus tersentap ati aku. Aku nih sejak dah jadik mama nih sensitip sikittt… cepat beno perasaan tuh nak2 plak bila melibatkan baby. Otomatik pikiran aku terus teringat kat anak aku…. Ermmm…. Masa aku tengok tu sama gak situasi dia… bezanya semalam aku p anak dia jaga… tengah main plastik bekas cd tuh. Minggu lepas anak dia tengah tido. Lagi ler aku kesian tengoknyer. Rerasa aku cam nak mintak bawak balik jerk. Bio anak tu tido kat umah aku dulu… Masa anak dia tido tuh diletakkannya kat dalam keter sorong baby… sendal la bantal sebijik. Dah tu di letakkan keter tuh betul2 kat tepi enjin generator. Adusss… aku rasa cam nak nangis jerk. Baby tuh plak bleh tido lena dalam keadaan bunyik yang amat kuat tuh. Agaknya telinga dia dah tuli dah gamaknya sebab ari2 camtuh. Sayu jerk ati aku masa nak tinggalkan kedai tuh. Semalam ujan lebat elok jerk lepas aku sampai umah…. Aku masih lagi terpikirkan baby tuh. Camner la gamaknya mak ayah dia buat ngan baby tuh bila ujan lebat gila tuh. Ngan guruh kilat dan angin yang kuat….. Patut budak tu tempat dia kat umah, dah tentu selamat. Ermmm…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...