Pengikut Blog Ini

Wednesday, May 17, 2006

Update!

Khamis ------
Tetiba lak rasa cam bz sangat. Sebab apa erk? Ntahler.. lupa lak sebab apa. Tapi yang pasti masa tuh aku langsung x sempat nak godek2 blog aku nih. Agaknya sebab semalamnya ari Rabu tuh dapat bonus kot? Jadik bz ler sket kan…! hehehehe

Jumaat / Wesak Day ------------------
Jumaat cuti ari Wesak. Sonok ler leh jenjalan sebab cuti panjang. Bonus lak baru dapat. Apa lagi leh shopping sakan ler… itu citer orang lain ler… tapi aku idak ler plak cenggitu sebab aku ada program lain, atau kata lain aku kena koje luor.

 Sabtu / Fiesta Discovery PB bersama Sinar FM di Ipoh ---------------------------------------------------- Jumaat aku kena p Ipoh bertugas tuk Fiesta Discovery PB bersama Sinar. Pertama kali aku ikut p koje luar jejauh. Selama nih selalu gak dorang ajak sebab x cukup petugas tapi keadaan aku x baper nak mengizinkan tuk aku ikut dorang. Masa aku bujang dulu xde le plak koje2 luor nih. Bila aku dah kawin baru ler banyak koje luor. Dulu dorang ajak aku xleh ikut sebab tengah sarat ngandung. Kengkonon tunggu lepas bersalin ler… Tapi bila dah bersalin ajak lagi alasan lain plak. Anak kecik, nyusu badan. Isk..isk..isk… xleh ikut lagi. Kengkadang tingin gak aku nak ikut sebab ni ler masanya tuk aku p jenjalan. Selama ari nih koje aku dok kat opis jerk. Dah tu xde koje sangat plak tuh nak wat. Dok nangut jerk. Boring pun ada. Pagi Jumaat dalam kol 9.30 aku kuor umah tuk p opis dulu. Janji ngan Abg Halim (nak tumpang kete dia p Ipoh) kol 10.00 kat opis. Sampai opis dalam kol 9.45 pagi. Naik atas lupa plak aku nak bawak kad nama tuk aku tenyeh kat pintu masuk. Jenuh ler aku ding dong kat pintu tuh. Ada org kat belakang.. aku tau sebab lampu nyala… tapi ampeh. Wat penat aku jek ding dong. X dengor rupanya dia. Tunggu2 xde pun gaya2 ada org nak bukak pintu aku turun bawah. Dah ler masa tuh tetiba lak perut aku meragam. Ingat nak p bilik ayo kat bawah jerk. Tapi elok jerk pintu lif terbukak kat tingkat 1 bawah sekali jumpa lak sorang mamat yang nak masuk kat opis. Ikut ler dia… Sampai atas tanya le kat makwe yg ada kat opis… dia kata x dengo pun bunyi ding dong! Sabo jerk ler.. Bukannya ramai org! Sunyi sepi jerk opis dia leh kata x dengo? Ermmm.. Kol 10.15 pagi lebih kurang abg Halim tipon enpon aku bgtau dia ada kat lobi bawah. Suh aku turun nak jalan dah. Selain aku sorang lagi makwe ikut sama iaitu Ayu. 10 minit lepas tuh kitorang bertiga pun bergerak ler menuju ke destinasi iaitu Ipoh… Perjalanan lancar…. Suasana dalam keter pun lancar. Memasing rancak berborak. Aku dok belakang. Sampai sekerat jalan aku dah tido.. ngantuk ler plak… Sampai Tapah kitorang berhenti tuk makan. Ayu ngan abg Halim makan nasik tapi aku beli dunkin donut jerk. Bungkus. Aku kenyang lagi sebab baru lepas makan nasik kat umah sebelum kuor pagi tuh. Dah kenyang kitorang teruskan perjalanan. Dalam keter baru ler aku dok makan donut yg aku beli td. Lebih kurang kol 12.00 kitorang sampai tol kat Ipoh. Abg Halim nak jalan terus ke Jelapang sebab dia nak Sembahyang Jumaat kat Taman Meru. Dia xtau ler plak nak carik hotel yang kitorang kena dok tuh. Dia dah janji ngan sorang staf kat Ipoh mintak tolong antar ke hotel lepas sembahyang. Sampai Taman Meru dlm kol 12.30. Parking kat bawah pokok tepi taman permainan kanak2. Dekat jerk ngan masjid. Masuk waktu sembahyang abg Halim p ler sembahyang. Tinggal ler aku ngan si Ayu berdua2an berdating kat taman kat tepi masjid tuh! Muahahaha. Lapo lak perut! Makan lak lagi donat yang ada sambil dok gebang2 buat sesi suai kenal ngan si Ayu tuh. Hehehehe… bukan x kenal tapi si Ayu nih staf baru… x baper nak kenal sangat. Masa tuh ler baru nak kenal2 ngan lebih rapat. Huhhuhuhuhu Lepas abg Halim abis sembahyang dalam kol 2.00 petang dia tipon la staf kat Ipoh En. Rahim, suh antar ke hotel. Lebih kurang 15 minit menunggu akhirnya nampak gak ler kelibat En. Rahim. Ikut bontot keter dia… p umah dia dulu la plak…isk! nak salin baju dulu katanya. Sampai umah dia siap minum2 plak dulu… 15 minit dok minum2 kat umah dia baru ler gerak nak p Ipoh. Sampai pekan Ipoh singgah plak lagi… kali nih En. Rahim bawak singgah kat Restoren Salim Kari Kepala Ikan. Isk..isk..isk.. banyak plak persinggahannya. Badan dah letih dah. Ingat dah boleh nak baring2 ngan mandi2 kat hotel bila sampai cepat, rupanya ada singgah2 plak lagi.. adusss… perut pun kenyang lagi. Ikut jerk ler.. tapi aku ngan Ayu dok meratah jerk kepala ikan tuh. En. Rahim ngan abg Halim jerk yang makan nasik. Kitorang dah kenyang. Tengah makan ujan lebat ler plak… Kumpulan 1 lagi yang naik unser pun dah samapi hotel dah. Padahal diorang bertolak lagi lambat dari kitorang. Tapi disebabkan persinggahan kitorang nih banyak sangat tu yang lambat tuh. Lebih kurang kol 4.00 petang baru ler betul2 sampai kat hotel. Fuh! Baru rasa lega. Masa nak check in ada masalah ler plak. Isk memacam! Ada yang xde nama la… tu le penangannya bila sumer buat last2 minit. Tertinggal nama ler tuh. Sib baik nama aku ada. 1 Bilik 2 orang. Nama aku ngan kak Ina. Tapi nama sorang kawan nih xde ler plak. Siat kat si Jue tuh nama dia xde. Hotel lak penuh. Sudahnya masuk ler bilik kitorang. Jadik 1 bilik bertiga. Katil 2 jerk. Xde xtra tilam. Abis. Xpelah. Tidur himpit2 ler sket… Dah masuk bilik baru lega. Aku tipon enpon kawan aku yang koje kat hotel tuh. Baru ler dapat. Sepanjang perjalanan aku tipon langsung x jawab2. Ampeh tul ler… Kawan aku suh turun jumpa dia kat café. Sementara Jue ngan Kak Ina bergilir2 nak mandi aku turun ler bawah jap jumpa kawan aku dulu. Sampai jerk kat café kawan aku dok melambai2. Siap berpeluk2 ler plak…. Sambil tuh sempat gak aku tengok ada sorang mamat tuh dok pandang semacam jerk kitorang berpeluk2. Dalam ati aku kengkonon berkata mamat tuh tengok kawan koje dia kawan aku tu yang nama Nora peluk2 ngan aku… Sekali bila Nora bawak aku masuk café dia kenalkan aku ngan mamat tuh! Nak tau saper? Isk..isk..isk.. suami dia ropanya… muahahahah. Patutler dia pandang kitorang berpeluk2 tadi tuh lain macam jerk! Huhuhuhu. Nora suh aku makan. Free katanya.. ahaks! Tapi…. Alahai.. perut aku dah kenyang ler… jenuh gak dia paksa aku makan apa2 yang patut. Demi x menghampakan dia aku kata bagi jrk ler apa yang ada… yang ringan2 jerk. Sudahnya Nora bagi aku makan kek sepotong. Xpelah.. banyak ari lagi… Nora lak shif dia petang kol 3.00 – 11.00 malam. Ok ler tuh! Lepas makan naik bilik balik. Yang bestnya Nora siap anto lagi kek 3 potong kat dalam bilik aku ngan ayo 1 jag. Hehehehehe… untung ler weh! Dah masuk bilik balik, aku mandi, solat dan tido jap! Penat arrr… Petang dorang kuor… kata nak tengok tapak fiesta. Aku maleh nak ikut. Penat dah. unser pun x muat, ujan pun ya. X p tapak pun…dorang p tesco, shopping. Aku dok jerk ler kat bilik. Nengok tv sensorang. Tipon Ayu suh turun masuk bilik aku… dia bilik lain tingkat 4. Ayu turun kitorang sambung ler borak2 sambil makan kek ngan tengok tv. Lepas isyak baru Jue ngan Kak Ina balik. Jue baru dapat bilik tapi xde kawan. Sensorang. Bilik sebelah jerk ngan bilik yang kitorang dok. Pegawai tu x datang. Kitorang tengok bilik tu 1 katil jerk tapi beso ler… Last2 buat keputusan malam nih tido kat bilik yg dok skang malam soknya baru kitorang pakat pindah sumer bilik sebelah lak! huhuhuu Malam masa nak tido aku kongsi katil ngan si Jue. Sib baik ler mek nih kecik molek jerk orangnya. Memasing bg belakang jerk. Cam merajuk.. hehehehe. Kol baper tah dorang dah tido… tinggal aku jerk yang xleh nak tido. Camner aku nak tido, bila kak Ina kat sebelah berdengkur la plak… penat gamaknya. Dah tu dia x baper sihat lak tuh! Ngan batuknya… ngan selesemanya… sabo jerk ler.. Tah pukul baper baru aku lena aku pun xtau. Tu pun dok jenuh aku tekup telinga ngan bantal.

 Sabtu ----- Dah siap sumer kitorang turun kat café p bekpes. Kol 7.00 pagi dah p bekpes sebab kata kol 7.30 pagi kena p tapak dah. Start bertugas. Aku kena jaga bahagian pendaftaran. Ermm.. leh tahan ramai gak orang datang. Yang paling banyak penyertaan mewarna ler… tu pun sampai dah nak tutup pendaftaran baru nak daftar. Kesian bagi gak ler… Tapi bila juri dah start bg markah ada yg nak daftar mewarna lagi x amik dah. Sampai kol 12.45 kaunter pendaftaran tutup. Acara pun Sinar yang uruskan. Dalam kol 1.30 sumer pakat balik hotel jap sebab nak mandi. Padang kat dataran Ipoh tu becak le plak ari tuh sebab kat sana asyik ujan jerk tiap2 petang. Rasa cam berkubang kat tengah bendang plak… Abis berselut kaki dibuatnya. Balik hotel mandi, solat dan tido. Jue ngan kak Ina elok jer lena. Aku xleh tido ler plak.. tengok ler citer industan. Kol 3.30 petang kitorang p balik tapak fiesta. Sempat ler tengok acara ratu kebaya jap. Boring lak rasa aku ajak Jue p parkson. Depan dataran jerk.. Jalan kaki sket. P ler kitorang berdua jenjalan kat parkson. Nak beli kasut ler.. hehehehe. Pertama kali aku p jenjalan shopping complex ngan makwe tuh! Rapat lak rasa masa kat Ipoh sebab asyik bersama jerk. Malu lak rasa jalan ngan dia.. Mek tuh punya la cun.. kecik molek! Aku ni mak budak… debab lak tuh! Xde gaya2 ranggi langsung.. ahaks! Puas jalan sana sini sambil bergambo sana sini.. si mek Jue nih gemo beno bergambo.. Aku segan gak tapi dia kata wat xtau jerk.. aku ikut jerk ler… pantang nampak cam cantik jerk tempat tuh mula ler nak berposing! Muahahahaha. Sempat gak ler aku ngan Jue sambar sepasang sorang kasut… Aku lak sempat gak beli sepasang baju tido ngan sepasang baju gaun tuk Qina. Tuk ayah dia ingat nak beli… tapi x jadik. Beli kat KL jerk ler.. hehehehe. Kol 5.00 petang baru kitorang nak kuor dari parkson. Omak aii… gelap gelita kat luor! Ujan lebat rupanya. Terperangkap ler plak…. Tipon driver suh amik kat parkson bila nak balik hotel nanti. Xtau ler camner kisahnya kat tapak fiesta tuh bila dah ujan lebat camnih! Malam tuh Jue ngan kak Ina kuor lagi ngan dorang yang lain. Aku tetap maleh nak ikut sebab dah penat jalan kat parkson tadi. Lagipun kat Ipoh xper… tempat aku! Muahahahaha. Yang si Jue lak jenuh dok ajak aku kuor gak.. sekali sekala jenjalan memalam apa salahnya. Maleh aku! Lepas jerk dorang kuor, sudahnya aku p jumpa kawan aku. Dok ler lepak kat tempat dia sambil makan sotong goreng ngan kek. Kek lagi…. Hehehehe Mata dah ngantuk sangat aku masuk bilik. Baru jerk nak lena bunyik ding dong ler plak kat pintu. Ingat dorang balik, rupanya abg Lan… jahat main ding dong. Kebetulan lak pagi tuh abg Lan tipon kata kena check out sebab bilik dia semalam jerk. Nak carik bilik lain. Kitorang yang baik ati ni sudahnya oper ler bilik yang kitorang ada 1 lagi. Tapi kitorang sumer pakat tuko bilik sebelah yg katil sebijik beso dan bagi abg Lan ngan pakcik driver bilik yang kitorang dok memula. Huhuhuuh. Sejak tu ler abg Lan suka sangat memain ding dong ngan kitorang. Lepas tuh sekali lagi baru jerk aku nak lena… ding dong lagik. Dorang dah balik. Bukak jerk pintu aku sambung baring. Jue kata malam tu dia nak tuko bilik lain sebab ada sorang tuh balik KL petang tuh sebab nak kena p Kedah lak. Jue tuko bilik sebab kawan dia datang. Tinggal ler aku ngan kak Ina. Sib baik malam tuh kak Ina x berdengkur… lena sampai pagi aku! Pagi Ahad tu lepas bekpes, lepas puas posing sana posing sini dalam kol 9.30 kitorang memasing bergerak ke destinasi berikutnya. Ada yang kena terus p Kedah lak. Aku x ikut sebab x sanggup lelama beno tinggalkan si Qina. 3 ari pun jenuh aku rasa. Sampai umah dalam kol 1.00 petang. Windunya aku kat Qina…

 Qina Merajuk ------------ Merajuk ler plak anak aku sorang nih. 3 ari mama dia tinggalkan dia. Memula jumpa aku masa aku sampai tu elok jerk dia senyum. Tapi merajuk xnak menyusu. Jenuh aku bagi tapi dia xnak. Malam pun camtu. Pagi Isnin tuh aku cuba lagi tapi Qina tetap xnak menyusu. Puas ler pujuk tepuk sana sini baru ler dia nak hisap. Tu pun sebelum tu mata dia tengok aku lain macam jerk. Qina marah aku siap tarik2 lagi rambut aku masa dia baring atas riba aku tuh. Pas tuh siap tampar2 lagi dada aku.. isk..isk..isk.. anak mama sorang nih! Kuat beno merajuknya. Baru tinggal 3 ari… kalo aku ikut trip ke Kedah tu camner ler gamaknya. Balik ari Rabu lak tuh! Ermm… Giant ----- Petang Ahad pakwe ajak kuor p giant. Saja nak jenjalan katanya. Nak carik car seat tuk Qina pun ada… nak carik gak walker. Sampai kat parking keter kat bawah bangunan umah adik ipar aku lak datang. Sudahnya dia pun ikut sekali p giant kat Subang. Jenjalan ler kat dalam giant. Nampak ler walker ngan car seat. Belek2 tapi x amik pun. Pakwe kata tengok tempat lain ler. Kat giant Cuma beli diapers jerk tuk Qina. Kuor dari giant ingatkan pakwe nak p The Summit. Rupanya terus nak balik umah… sabo jerk ler.. kalo tau baik masa kat giant tu aku beli jerk car seat tuh! Isk. Singgah pasar malam dulu. Beli makanan tuk makan malam pastu terus balik umah.

 Sayang Abang ------------ Ahad malam Isnin tuh aku tengok Halaqah kat TV9. Tajuk dia sayang abang. Best plak ceramah malam tuh. Kat Manjung Perak. Kebetulan lak masa tuh aku tengah lipat baju dan pakwe lak tengah basuh pinggan. Sempat lagi aku ngan pakwe bergurau senda bila dengo kata2 ustazah. Bila tiba tang kenyataan abang ajak tido, anak x tido lagi... pastu abang buat bunyi antu, kebetulan adik ipar aku yang datang tidur kat umah menyampuk cakap kat Qina... " Qina cepat tido, ada antu... mama ngan ayah nak tido..." Sabo jerk ler... Tapi memang best ceramah malam tuh! Kelakar pun ada... siap pantun2 lagik. Bila citer pasal pantun pagi Isnin atas motor dalam perjalanan nak ke opis pakwe siap bagi pantun lagi kat aku... 

Pakwe : mama, dengo pantun ayah
Aku : uiks.. tetiba nak berpantun lak
Pakwe : Kan malam tadi kata sebelum p koje kena bagi pantun
Aku : Okeh apa pantun ayah?
Pakwe : 1, 2, 3, 4,.. 5, 6, 7, 8.... balas ler
Aku : menda ler pantun cenggitu? bebetul ler... xper mama jawab lak! 9, 10, 11, 12... 13, 14, 15, 16.. hahahahaha
Pakwe : ok... ada ulat dalam kayu, mama, i lebiu!
Aku : ooo... jap erk! ok! amik ulat letak atas batu... i lebiu to...

 Koje ---- Semalam senin aku x sempat nak masukkan entry sebab saja wat2 bz dok filing dokumen. Banyak beno dokumen yang x wat filing lagi…. Aku pun dah naik pening bila boss suh carik dokumen. Tu ler bila buat kojer bertangguh! Ari nih pun sama. Pagi ni aku lambat ujan lebat. Sampai opis kol 9.00 pagi. Sib baik boss xde. huhuhuhu. Ingat nak bawak keter sendirik tapi pakwe balik koje pagi tadi cepat lak. Maleh nak drive suh pakwe anto sudahnya. Sampai opis dah ler lambat, pastu kuor lak lagi p bekpes ngan pakwe kat Taman Tun. Balik dari bekpes terus start wat filing. Penat dok mengemas dokumen aku dok godek ler blog aku ni plak. X siap lagi sebenornya… tapi aku stop jap. Boss xde xpe… dokumen berselerak kat dlm bilik dia.. xde orang usik. Lantak situ! Aku dah windu nak masukkan entry kat blog nih! Ahaks.! Siap jerk entry aku sebelum aku post aku p naik atas dulu tempat IV… nak kelah nasik lagi tengah ari nih. Si IV kata dia bawak lauk… pastu nak masak nasik jerk. Aku ingat pas makan baru aku nak post entry nih! Muahahahahha

Kenyang ------- Dah kenyang dah makan nasik lauk sambal ayam, ikan pekasam goreng ngan ikan goreng ngan sambal kicap. Sumer IV yang bawak. Aku ngan makwe Hanim bawak badan jerk! Muahahahaha. Turun jerk bawah, aku edit balik entry aku sesikit pastu aku tambah tajuk kenyang nih terus aku post tuk tatapan…. Sekian, wassalam.

4 comments:

NBK466 said...

Hebat sungguh N3 kali nie....bersama2 sub-N3 yg banyak lak tuh....Sampai den tak gheti nak komennyer..hi..hi..hi...

NONIE AZIZ said...

pehhhh...banyak sungguh aktibiti MM!!IV masak semua tu...terror sungguh si IV tu eik!!!Jgn habaq kat dia tau MR puji dia!!!muahahha

blackpurple @ jowopinter said...

Pehh !...sekali update panjang berjela MM.. Bru betul2 jurnal ni.....excited sebab baru dapat bonus kot.....

Mamamanja said...

NBK>>>
apo yg dah ditulis ni pun dah dikiro komen la nih... huhuhu

MR>>>
ha'ah... kitorang x bawak apapun.. sumer tu IV yg bawak. kalo bukan dia yg masak saper lagi erk? xtau ler plak...

BP>>>
itupun x abis sebenarnya... kalo ikutkan mau lg panjang berjela... tapi amik mana yg penting jerk! hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...