Pengikut Blog Ini

Tuesday, July 25, 2006

Bertemu kembali!

Jumaat Aku cuti.. balik kampung. Kol 6.00 pagi pakwe dah balik koje dah. Kalo nak balik kampung pakwe mesti nak gerak awal. Kemas umah apa yang patut ngan kemas beg2 apa yang patut lam kol 9.30 pagi kitorang gerak. Kali nih balik kampung emak aku ikut sebab kenduri tuk cucu dia gak walaupun wat kat umah mak mertua aku. Perjalanan lancar... dalam kol 2.00 petang sampai kampung. Pakwe bawak sentimental jerk. Lagipun singgah Bahau dulu carik barang sket. Petang tuh kat umah mak mertua aku orang kampung dah datang menolong apa yang patut dah. Majlis ari Ahad.. tapi petang Jumaat dah start gotong royong. Tolong bungkus tapai, masak wajik ngan goreng kelapa tuk wat kerisik. Aku plak dok sebok ubuh surat kabo lam bekas telur.


Sabtu Pagi tuh aku anak beranak ngan adik ipor kuor p Gemas. Nak carik barang2 yang xde ngan nak beli bekas tuk isik wajik. Selain tuh aku nak carik gak barang2 tuk Qina. Pertama kali sampai Gemas. Kecik jerk pekan dia. Singgah pasar tani jalan2. Petang plak lagi ramai yang datang menolong. Tapi aku x campur. Lagipun aku nih beranak kecik... payah nak ninggalkan si Qina tuh. Cuma paling x pun aku dok tolong isik wajik kat dalam bekas jerk. Malam plak aku ngan biras aku dok isik telo kat dalam bekas. X abis isik Qina dah meragam nak tido. Sambil aku nak tidokan Qina, aku plak yang tido. Sudahnya biras aku ngan mak aku yang nyudahkan koje ngisi telo tuh! huhuhu.


Ahad Pepagi lagi dah ramai yang datang. Kitorang pun dah mula sebok la... Kambing tuh wat masak kari disamping menu2 lain yang ada. Kol 12.00 tengah ari kumpulan marhaban ker berzanzi ker aku pun xtau la.. dah lama x mengikuti majlis2 cenggini... pun sampai... Lebih kurang sejam dorang dok berzanzi elok jerk dorang berzanzi sambil berdiri, barula aku dukong Qina tuk majlis cukur jambul. Anak abang ipar aku pun numpang sekali. Adei... dah la rambut Qina xde... sekali digunting banyak la plak... abis tobek2 rambut dia. Lebih kurang setengah jam jugak la aku dukung Qina sambil berjalan2 mengiringi kumpulan marhaban tuh tuk dicukur rambut dia. Umah mak mertua aku plak panasnya usah cakap la... berbahang gila. Sampai merengek2 la Qina dibuatnya. Kena lak dikerumum dek orang ramai. Tangan aku pun dah naik lenguh dah. Qina nih rupa jerk halus tapi hantapnya kemain lagi. Separuh jalan jerk pastu ayah dia plak sambung. Sampai kedapur sampai ke belakang umah la pusing dia... Selesai sumer majlis cam biasa arr... bab mengemas la plak... Abang ipar aku plak malam tu jugak balik KL. Sama gak ngan adik ipar yang sorang tuh. Petang tu gak balik KL. Tinggal ler aku ngan pakwe jerk yang nak menolong mengemas disamping mak mertua ngan adik ipar yg paling bongsu. Malam tuh memasing dah kepenatan. Maklumler... basuh kawah. Besor gak majlis yang mak mertua aku buat tuk cucu dia nih! Qina plak tengah malam tu tetiba demam. X lena tidur la dibuatnya. Badan dah la penat.


Isnin Aku masih bercuti lagi dan masih lagi kat kampung. Pagi tuh dok selesaikan lagi mengemas apa yang patut. Kol 4.00 petang baru bertolak tuk balik ke PJ. Masa balik pun pakwe bawak sentimental jerk. Sib baik x jem. Selalu kalo balik kampung bila nak balik PJ mesti jem. Naik tensen aku. Lagipun masa balik tuh banyak kali kitorang berenti sebab Qina asyik merengek jerk. Badan dia panas betul la... Kitorang siap berenti kat stesen minyak petronas kat Kuala Pilah sebab nak bagi Qina makan.


Selasa Ari nih aku baru masuk keje. Ingat nak amik EL sebab Qina masih demam lagik. Demam nak tumbuh gigi. Dah nampak dah gusi kat bawah dia dah terbelah. Putih jerk nampak kat gusi dia. Tapi disebabkan semalam dah cuti takut lama sangat aku masuk koje jugak ler. Itupun jumpa pilot bos pagi td. Dia kata bos xtau yang aku cuti minggu lepeh. Sabo jerk ler.. dia yang sign kad cuti aku buleh x ingat aku cuti. Dia ingat aku monteng apa?

14 comments:

zwitterion said...

bos mama dah tua ke?boleh terlupa lak dia yg bagi cuti...

Mamamanja said...

tua x tua la sangat... tapi yang sebenornya masa dia sign tuh dia bukan baca kad tuh saper punya. main tenyeh jerk!

NBK466 said...

Wah..pengelat ler yg balik awai tuh...tak nak basuh periuk besar... tak aci... cian MM & hubby..

ayu_mkay said...

yuhuuuuuu.. hi MM.. slmt kembali bertugas (camlah cuti lama benor hehehe).. klu dh kenduri cenggitu ler.. lotih makkkkkkk!

zino said...

mesti meriah majlis tu.. mana gambar dia ?

Mamamanja said...

NBK>>>
nak wat camner... ari senin anak nak sekolah

Kak Ila>>>
oohooooooo...

ada anak kecik leh ngelat sket..huhuhu

zino>>>
x amik gambar... cuma amik video jerk tp ada kat abg ipar

kasutVINCCI said...

wah..dah tumbuh gigi si qina ek. Jgn lupa ambik gambar tau!!

Ayu Mohamad said...

letak gambo nanti eh.. akak pon nak tgk..

p/s : Gomeh dgn Bahau tu tompek sedagho magho akak tuh :)

Mamamanja said...

KV>>>
bukan nak tumbuh gigi jerk... nak berdiri pun ada

Kak Ayu>>>
gambo nak tunggu betul2 nampak gigi baru amik

ontah2 kito pun sedagho x? bukan ontahsapo yo! muahahaha

ontahsapo said...

ptut lah aku tersedak tadi.. eh best tu cuti2 mesia makan kambing...

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

gambo x do kooo....abis jambul qinaaa....

Mamamanja said...

OS>>>
hahahaha

LC>>>
gambo maso kenduri xdo.. amik yg guno video jo..

Unknown said...

ooo baru lepas bercuti di kampung. Qina nak tumbuh gigi ker?? Dah pandai apa dia skrg?

Mamamanja said...

baru nak tumbuh gigi kak yus. merangkak laju jerk.. dah nak berdiri pun ada gak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...