Pengikut Blog Ini

Tuesday, December 12, 2006

Qina

Salam pagi Selasa buat sumer. Ari nih aku nak citer pasal Qina. 


Rabu - 6/12
Abis koje petang tuh cadangnya aku nak p Setapak umah kakak aku... nak antor anak sedara aku yang datang dari kampung tuh. Dah seminggu kat umah aku, dorang nak p umah Maklang dorang plak. Balik koje tuh Ena nak tumpang aku sampai Asia Jaya. Tapi bila kenangkan yang aku nak p Setapak, aku ajak Ena balik umah aku dulu.. nanti aku antor dia balik terus sampai umah sebab umah dia dekat ngan umah akak aku.


Sampai umah dorang x siap2 lagi... pakwe kata Qina muntah. Sepanjang masa ari tuh Qina asyik muntah jerk. Dalam keter pun macam tu jugak. Lepas antor Ena sampai umah dia, aku ajak pakwe singgah kat kinik kat ngan umah Ena tuh. Riso lak aku nengok Qina x benti2 muntahnya. Kat kinik, dokto tu kata cuma angin. Dia bagi la ubat muntah. Tapi masalahnya Qina asyik muntah2 jugak. Aku memang dah riso dah. Muntah x renti2. Singgah umah akak aku kejap jer nganto bebudak tu, pastu duduk jap kitorang balik. Dalam keter nak balik tu pun Qina muntah lagi. Sampai lemah dah Qina dibuatnya. Tengah tido malam pun dia leh muntah jugak.


Khamis - 7/12
Pagi tuh aku terpaksa amik EL. Riso tengok Qina x abis lagi muntahnya.Memang x terdaya dah dia. Selalu kalo sihat x duduk diam. Payah nak suh dia duduk atau baring. Tapi bila x sihat, baring jer... sedih tul aku nengoknya. Mata dia pun asyik nak lelap jerk. Selalu memang payah kalo nak suh tido kat bawah sebab Qina masih lagi tido buai kalo siang. Tapi ari tuh baringkan je kat toto dah lelap.


Tengah ari tu lepas Qina bangun tido dia masih muntah2 lagi. Kali ni sekali ngan cirit. Lagi la haru aku rasa. Lagi lembik la dibuatnya. Ateh bawah kuor... sian Qina. X tahan tengok aku bawak p Pusrawi. Dokto suh masuk ayor... masuk wad sekali. Memula ok nak masuk wad tapi kendian pakwe kata xnak masuk wad. Masuk ayor jerk. Qina asyik meragam jerk. Masa misi tuh nak cucuk tangan dia tuk masukkan ayor tuh aku dengor Qina nangis. Serta merta ayor mata aku yang menitik. Aku pun nangis sekali... sayu lak ati aku rasa. Tetiba aku terpk.. e2 baru anak aku nak masukkan ayor jerk, ntah camner la perasan mak bapak yang lain bila anak dorang lagi teruk dari Qina.. x dapat aku bayangkan.


Mula masuk ayor dalam kol 2.30 petang. Memula tu dia menangis aje. Jenuh pakwe pujuk. Bila dia tengok tangan dia berbalut lagi kuat dia nangis. Aku bagi nyusu pastu terus dia pejam. Qina tido lebih kurang 1 jam. Bila dia sedor dia nangis lagi bila tengok tangan dia. Memang payah.. xnak baring langsung ateh katil. Tu yang pakwe terus kansel masuk wad. Pakwe kata abis masuk ayor nak balik. Sepanjang masuk ayo tuh Qina asyik dipangku ayah dia jerk. Sampai tido pun kat bahu ayah. Pakwe pun sampai tido ateh kosi jer dok pangku Qina. Baper jam.. sampai kol 7.00 baru abis. E2pun masa dekat2 nak abis ayor tuh pakwe bawak Qina main kat depan. Leka dia main sedor2 ayor dah abis jerk. Dah ler kat Pusrawi tu sejuk nak mampus. Sampai aku pun berselimut ngan selimut kat katil tuh.


Jumaat - 8/12
Pagi tuh aku sms boss bagitau masuk lambat. Pagi tuh jugak Qina masih lagi muntah ngan cirit2. Susahnya.. nak bagi ubat plak Qina memang susah nak makan ubat. Yang ada cuma ubat muntah jerk masuk ikut bontot. Ubat cirit xde... Tapi sib baik pagi tu x kerap dia cirit. Muntah pun nampak dah xde. 


Kol 10 pagi baru aku kuor umah p opis. Sampai opis dah dekat kol 10.30. Kol 12.30 aku kuor balik, balik umah plak. Ari Jumaat rehat awal dan lama.Tapi petang tuh ujan lebat la plak. Kol 3 baru aku kuor umah. 3.30 nko sampai opis. Sib baik boss xde... mtg kat luor. Sib baik gak masa aku balik tuh Qina dah x muntah2 lagi... cuma asyik cirit2 jerk.


Sabtu & Ahad
Sabtu tuh emak aku plak x sihat. Adei.... lepeh sorang2 isi umah aku yang berpenyakit. Xtau la naper. Sabtu tuh pakwe cuti lagi sejak dari ari Rabu lagi... Ahad plak dia dah start koje dah. Sabtu dan Ahad tuh Qina memang dah ok dari muntah2 cuma cirit jerk. Dalam 1 hari aku rasa dekat 10x Qina cirit. Riso tul aku rasa.


Isnin/Semalam
Semalam cuti tapi pakwe koje... tapi koje malam la. Maknanya siang dia ada. Semalam koje aku dok melipat kain baju yang selambak. Petang lak p pasaraya kat umah beli barang dapur. Balik ari pasaraya, singgah kinik kat ngan umah. 2,3 ari nih asyik ngulang ke kinik jerk. Riso plak aku rasa tengok Qina asyik cirit jerk. Sampai merah2 dah bontot dia. Bila nak masuk bilik ayor jerk mesti dia nangis... sakit. Sapu ubat kurang sket merah dia. Dekat kinik semalam dokto kata perut dia ada masalah sket. Tapi xtau la aku apa masalahnya. Dokto pun bagi ubat cirit ngan sakit perut jerk. Amik ubat lagi... makannya x. Ubat cirit xde yang masuk ikut bontot, payah ler... Dokto kata e2 jer.. xnak makan ubat masuk ayor. Isk! Masuk ayor yang ari tu pun aku rasa ngeri lagi tengok inikan plak nak masuk lagi....


Petang semalam pakwe cuba bagi makan ubat. Baru sikit dah muntah monggek Qina dibuatnya. Isk..isk..isk.. susahnya nak bagi makan ubat. Masuk dalam susu pun dia xnak.. dah pandai dah. Rasa ubat jerk abis susu2 tu dia xnak minum. Malam tadi masa aku tengah tengok tv, Qina dah tido aku dengor dia kentut. Bila aku cium nak tengok cirit ke x, bau busuk. Macam kentut orang tua jerk. Xde plak ciritnya. Tapi bila aku dah nak tido, sempat aku dengor bunyi cam dia cirit. Bila aku tengok, sah dia cirit. Kesian tengok dia tengah tido lena aku lap jerk ngan kapas lembab. Susah ati tul ler aku dibuatnya. Sampaikan tengah tido pun leh tercirit. Camner nak buat erk??? ada apa2 petua x kengkawan sumer?? Tadi pakwe tipon, aku tanya dia kata masih cirit lagi tapi x banyak. Aku cuba tukor susu lain gak.. nak tengok camner. Pehtu aku paksa gak pakwe suh paksa gak Qina makan ubat. Ari nih aku nak tengok camner... kalo masih x ok, aku ingat nak rujuk kat pakar la plak.... Susah ati betul aku dibuatnya.

6 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Laaa..Kesiannya MM. Takkan sambil tidur pun.....?

Saya kalau macam tu makan ubat doc, ok la...

ayu_mkay said...

ermmmm serius gak tuh keadaan qina... klu tak ok gak p lah bw jumpa pakar.. bebudak klu sakit ni risau sbb depa tak reti ckp lagik..

bykkan sabar ye.. dugaan tu..

Mamamanja said...

BP,
e2 kalo kita.. masalahnya ni budak kecik bp oi..

Kak Ila,
tu la kak ila.. tp ari nih sib baik dah kurang...

Anonymous said...

a'kum..ank sye hri tu pn bru lps kne cirit dn mntah2..tapi sye kurangkan beri susu dan hanye beri air manis biase mcm air sirap ke alhamdullilah trus kurang..cube akak kurang kan beri susu atau pun susu tapi cair sikit..

zino said...

kesian qina.. tapi kena usaha sesuatu tak baik biar dia ceret lama berlarutan.. takut dehydration..

kurang air dalam badan.. kalau patut jumpa pakar kena bawa segera.. bebudak ni memang payah sikit nak makan ubat..

agaknya tak serasi susu ke.. keracunan makanan..

NBK466 said...

Semoga Qina cepat sembuh... Elok ler rujuk child specialist kalau belum sembuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...